Page 550 - Proceedings Collega2023
P. 550
Sifat-sifat Tuhan, iaitu asma ul husna telah diberikan kepada manusia sebagai anugerah dan
diperintah untuk menimbangkannya kepada diri seseorang. Sehubungan itu, Islam dan kreativiti telah
sebati cuma barangkali pelaksanaannya yang berbeza dari zaman ke zaman (Hassan, 1991). Justeru,
kreativiti bukanlah merupakan suatu perkara yang baru kerana bermula sejak manusia pertama dijadikan
Tuhan, iaitu nabi Adam AS. Oleh yang demikian, kreativiti dalam perspektif Islam merupakan tempat yang
amat tinggi dalam kehidupan. Kreativiti merupakan sifat yang dibekalkan kepada khalifah Tuhan di muka
bumi ini. Tanpa potensi kreativiti, manusia tidak dapat menyempurnakan amanahnya dalam mengurus
dan mentadbir alam ini.
Selain itu, bersikap kreatif dan inovatif merupakan salah satu ciri-ciri orang yang memiliki etos
kerja yang tinggi. Malahan Islam menganggap etos kerja adalah semangat kerja yang menjadi keyakinan
seseorang hamba bahawa kerja mempunyai kaitan dengan tujuan hidupnya, iaitu memperoleh redha Allah
SWT sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Najm Ayat 39-40: “Dan bahwasanya seorang manusia
tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihat
(kepadanya)”. Didapati bahawa sikap kreatif dan inovatif akan membuat seseorang memiliki pemikiran
yang futuristik. Otaknya akan terus berfikir dan pantang menyerah sehingga menemukan jalan terang
daripada pelbagai kebuntuan. Hal ini sejajar dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 56
sebagaimana terjemahan berikut: “Ibrahim berkata: “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat
Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat”. (https://an-nur.ac.id/kreatif-dan-inovatif-dalam-islam/).
Secara jelasnya bahawa konsep pemikiran kreatif dalam Islam berpaksikan kepada panduan Allah SWT
dalam Al-Quraan yang disampaikan secara indah dan mendorong manusia untuk berfikir secara kritis dan
kreatif. Kalamullah menyediakan banyak kisah dan ibrah supaya manusia berfikir, merenung, melihat,
menyaksikan dan membuat perbandingan. Allah SWT mengajak manusia dengan penuh kasih sayang (Ya
Rahman Ya Rahim) dalam memikirkan ciptaan Allah dan manusia tidak akan mampu memikirkan tentang
zat Allah.
Untuk itu, elemen utama pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran berkisar kepada proses
atau aktiviti berfikir secara serius, terfokus dan mendalam. Elemen utama ini membabitkan proses
pengolahan informasi yang berlaku di dalam minda, akal atau otak. Istilah yang relevan bagi elemen ini
ialah kata “dhikr”(ingatan), “tafakkur” (fikiran), “‘aql” (akal), “tadabbur” (mengkaji), “tafahhum”
(kefahaman) dan “fiqh” (pengertian). Sehubungan itu, tafakkur juga merupakan ibadah dan mendapat
pahala dengan syarat ianya bergantung kepada keikhlasan dan niat seseorang. Bahkan, Abbas Al-Aqad
menyatakan bahawa berfikir di dalam Islam merupakan perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat
Islam. Terdapat beberapa istilah yang digunakan di dalam al-Quran yang merujuk kepada makna berfikir,
antaranya tafakkur, ta’akul, ta’abbur, tazakkur dan tadabbur. Manakala terdapat juga istilah asalnya
sebagai pancaindera tetapi yang membawa umat Islam supaya berfikir, antaranya
ialah bashara, nadzara dan sami’a, tafakkur (memikirkan). Hal ini sebagaimana terjemahan dalam surah
al-An’am Ayat 50 dengan maksud: “Katakanlah: “Aku tidak mengatakan kepadamu, bahawa
perbendaharaan Allah ada padaku. Dan tidak aku mengetahui perkara ghaib, dan aku tidak juga
menngatakan bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepada ku”.
Katakanlah : ”Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?” maka apakah kamu tidak
memikirkannya.”
Untuk itu, konsep tafakkur sebagai langkah awal dalam pemikiran kreatif, dengan meletakkan ijtihad
sebagai kekreatifan Muslim, dan melakukan integrasi antara kaedah pemikiran kreatif Islam dan Barat. Hal
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 537 -

