Page 551 - Proceedings Collega2023
P. 551
ini berdasarkan kepada ilmu wahyu yang berada dalam Al-Qur’an dan Hadith yang sahih yang sifatnya
tepat dan tidak berubah, dan ilmu ciptaan manusia berdasarkan fikiran dan akal masing-masing. Didapati
bahawa ciptaan manusia berubah berdasarkan tempat, masa dan suasana. Perkataan berfikir dalam
bahasa Arab merujuk kepada kalimah tafakkur yang sejajar dengan pandangan al-Fairuzabadi bahawa
berfikir sebagai tindak balas fikiran seseorang. Didapati al-fikr dan al-tafakkur membawa makna yang
sama maksud. Selanjutnya Ibnu al-Manzur pula mencadangkan kalimah tafakkur sebagai al-tafkir.
Manakala al-Jauhari mendefinisikan tafakkur sebagai mendiamkan diri sambil berfikir. Selain itu, Malik
Badri mendefinasikan tafakkur sebagai perkataan yang mempunyai maksud yang lebih mendalam
berbanding kalimah tafkir. Malahan tafakkur menjadi penghubung yang dipanggil sebagai “iktibar” dalam
kehidupan manusia dengan pencipta mereka. Oleh itu, tafakkur juga ditanggap sebagai motivasi kepada
orang-orang yang beriman untuk terus istiqomah kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana Islam amat
menggalakkan umatnya berfikir sebagaimana pandangan Malik Badri, iaitu:
1. Memberi konsep kepada sesuatu idea atau maklumat.
2. Menumpukan perhatian terhadap sesuatu idea atau maklumat tersebut.
3. Membawa kepada memikirkan tentang Allah sebagai Pencipta yang Maha Agung serta
menghasilkan iman yang kuat.
Manakala konsep ta’abbur (memerhati dengan teliti) pula dapat diperkukuh dengan surah al-
Hasyr ayat 2 yang bermaksud: “…maka ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai pandangan.”
Seterusnya tazakkur (mengambil peringatan) sebagaimana terjemahan dalam surah al-An’am Ayat 80:
“Dan dia dibantah oleh kaumnya. Dia berkata” Apakah kamu hendak membantahku tentang Allah, padahal
sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk kepadaku.” Dan aku tidak takut kepada (malapetaka dari)
sembahan yang kamu persekutukan dengan Allah kecuali di kala Tuhanku menghenddaki sesuautu (dari
malapetaka) itu. Pengetahuan Tuhanku meliputi segala sesuatu. Maka apakah kamu tidak mengambil
peringatan?”
Seterusnya tadabbur (mempertimbangkan) sejajar dengan surah an-Nisa’ Ayat 82 yang
bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari
Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalam al-Quran.”
Surah al-Nur
Surah ini merupakan surah yang adalah surah ke-24 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri daripada 64
ayat, dan termasuk golongan surah-surah Madaniyah. Istilah ‘surah’ pada asasnya berakar umbi daripada
al-Qur’an. Selanjutnya dalam bahasa Melayu, “surah” dipinjam sebagai perbendaharaan kata. Untuk itu,
istilah surah yang juga boleh dibaca sebagai surat ini tidak sahaja terkenal dalam bahasa Arab, bahkan
dalam bahasa Melayu juga. Misalnya ia juga terkenal dan digunakan di dalam bahasa Melayu yang istilah
ini dikenali sebagai surat dan persuratan” (Shafie Abu Bakar 2015). Pandangan ini jelas menunjukkan
bahawa istilah surat atau persuratan berasal daripada bahasa Arab yang diambil daripada perbendaharaan
kata al-Qur’an iaitu ‘surah’. Definisi ‘surat’ ini membawa pengertian kertas yang ditulis atau segala sesuatu
yang tertulis atau tercetak (Kamus Dewan 2013:1548) manakala definisi ‘persuratan’ pula bererti perihal
tulis-menulis, kepustakaan atau kesusasteraan (Kamus Dewan 2013:1549). Maka jelas bahawa wujud
hubungan yang antara istilah ‘surah’ dan juga ‘persuratan’. Justeru, ‘surah’ yang didasarkan kepada al -
Qur’an membawa satu mesej penting berupa satu sistem ‘kitabah’ yang lengkap dan menjadi panduan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 538 -

