Page 466 - Proceedings Collega2023
P. 466

ditambah dengan teknik tari kontemporari di dalam pergerakan yang dicipta oleh Pat Ibrahim berjaya

               disampaikan.

                       Selain daripada pergerakan yang menggunakan elemen pergerakan jawa, kostum yang diguna

               pakai  di dalam Asmaradana versi Anugerah Industri Muzik (AIM) 12 juga dilihat menggunakan elemen-
               elemen budaya Jawa. Dapat dilihat bahawa kain yang digunakan berunsurkan Jawa. Penari-penari dilihat

               menggunakan korset yang bercorak batik jawa dan warna-warna kain yang bersifat tanah seperi warna
               coklat. Pemilihan menggunakan kostum ini pada pengkaji amat menarik kerana pada dasarnya warna-

               warna yang digunakan oleh kostum tarian jawa pada asalnya agak menyerlah dan berwarna warni. Akan
               tetapi bagi persembahan Asmaradana versi Anugerah Industri Muzik (AIM) 12 ini, pemilihan warnanya

               lebih asas seperti warna coklat, kelabu dan lebih bersifat minimal dimana ianya diambil semula idea dari

               konsep muzik video Asmaradana yang asli, iaitu lebih moden dan kontemporari akan tetapi pada masa
               yang sama masih mengekalkan dan mengambil elemen-elemen Jawa.


                       Sebagai seorang pengkarya dan juga koreografer, Pat Ibrahim menyatakan bahawa beliau tidak
               pernah  berpuas  hati  dengan  koreografi  terakhir  yang  dihasilkan,  menurut  beliau,  proses  kreativiti
               merupakan  sebuah  evolusi  dimana  personaliti,  kehidupan  sebagai  seorang  artis,  penari,  koreografer

               membantu  menghasilkan  satu  karya  yang  baru  dan  berinovasi.  Dari  kajian  lapangan  yang  dilakukan

               bersama Pat Ibrahim, pengkaji mendapati karya Asmaradana versi Anugerah Industri Muzik (AIM) 12 ini
               dianggap sebagai sebuah karya fusion atau kreasi baru. Menurut (Khairally, 2023, para 12) “Tujuannya

               yaitu  mengembangkan  gerak  tari  tradisi  untuk  menggambarkan  perkembangan  zaman.  Namun  tetap
               berpijak  pada  tradisi”.  Koreografi  Asmaradana  versi  Anugerah  Industri  Muzik  (AIM)  12  dapat  dilihat

               bahawa  Pat  Ibrahim  berjaya  menggabungkan  beberapa  elemen  tarian  jawa  dan  kontemporari  dan
               memperkembangkannya menjadi satu koreografi kreasi baru.


               Penutup

                       Sebuah karya itu khususnya koreografi tari, sebagai koreografer mestilah berani dan bijak di dalam

               menghasilkan  satu  karya.  Apabila  menggunakan  beberapa  elemen  seperti  elemen  tradisional  dan
               menggabungkan elemen kontemporari, koreografer perlulah memahami dengan lebih mendalam sesuatu

               budaya itu dahulu agar ianya tidak mengganggu sensitiviti masyarakat atau komuniti. Temu bual bersama
               Pat Ibrahim sedikit sebanyak membantu pengkaji di dalam mengenali dan memahami pemikiran seorang

               koreografer  yang  lebih  senior  dalam  industri  Seni  Tari  di  Malaysia  akan  bagaimana  cara  beliau
               menggabungkan  pergerakan,  muzik  dan  juga  kostum  dalam  menghasilkan  satu  karya  yang  berkonsep




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 453 -
   461   462   463   464   465   466   467   468   469   470   471