Page 465 - Proceedings Collega2023
P. 465
Jawa, oleh yang demikian Pat Ibrahim mendapat inspirasi untuk menggunakan dan memberi
penghormatan akan sejarah dan budaya watak Gusti Putri Ajeng Retno Dumilah itu sendiri. Ditambah
dengan pengalaman beliau ketika mempelajari asas-asas tarian jawa bersama tokoh tarian Jawa di Solo,
Indonesia.
Dari pemerhatian pengkaji, gestur tangan jawa dapat dilihat mendominasi koreografi Asmaradana
versi Anugerah Industri Muzik (AIM) 12. Terdapat beberapa gestur tangan yang berjaya pengkaji kenal
pasti, antaranya adalah gestur tangan seperti ‘Ngithing’ yang bermaksud tangan yang digenggam secara
lembut diambil inspirasi dari permainan guli di Istana. ‘Ngilo’ pula melambangakan cermin dimana ianya
digunapakai di dalam tarian istana untuk menyampaikan darjat seseorang. Manakala ‘Tumpang Tali’ pula
sentiasa bertukar kiri dan kanan atas pergelangan tangan. Kesemua gestur-gestur ini dapat dilihat dengan
jelas penggunaannya ditambah pula dengan kelincahan dan kerumitan pergerakan tangan, kepala, badan
dan kaki ciptaan pat Ibrahim, ianya menjadikan Asmaradana versi Anugerah Industri Muzik (AIM) 12 ini
sangat berbeza. Menurut (Gonzales, 2019, p. 163) “maka pembinaan semula (reinvention atau
reconstruction) dengan pencatuman pergerakan daripada tarian tradisional yang dileraikan bersama
pergerakan tarian daripada teknik kontemporari. Proses ini juga dikenali sebagai fusion tetapi ianya lebih
mendalam, dan bukan sekadar menggabungkan gerak”. Memetik seperti yang diterangkan oleh Gonzales,
pada pemerhatian pengkaji, apa yang dilakukan oelh Pat Ibrahim ketika membuat koreografi Asmaradana,
secara tidak langsung beliau telah melakukan satu proses peleraian dan juga pembinaan semula gerak tari
jawa menjadi sebuah koreografi yang berbentuk kreasi baru. Penari-penari pula dilihat amat memahami
kehendak koreografer dan seterusnya berjaya menyampaikan pergerakan dengan sangat bersahaja akan
tetapi penuh dengan tenaga.
Elemen tarian dan muzik Kecak juga dapat dilihat di dalam persembahan ini, menurut Pat Ibrahim,
persembahan Kecak itu sendiri merupakan sebuah persembahan yang tangkas dan bertenaga, oleh itu
beliau ingin menggunakan elemen-elemen ini dan disatukan di dalam karya Asmaradana bagi versi
Anugerah Industri Muzik (AIM) 12 ini. Pat Ibrahim menerangkan bahawa penggunaan elemen muzik kecak
membantu menjadikan koreografi Asmaradana ini menjadi satu karya yang berlainan dimana penggunaan
muzik kecak itu menjadikan karya Asmaradana ini mempunyai aura, tenaga dan rasa yang berbeza.
Walaupun muzik kecak merupakan sebuah persembahan tarian yang terkenal dan sinonim di Bali dan tiada
hubung kait dengan tarian jawa, akan tetapi dengan memberi penghormatan akan budaya Indonesia itu
sendiri pada pengkaji menjadikan karya Asmaradana versi Anugerah Industri Muzik (AIM) 12 ini satu
kelainan dan berjaya dari segi koreografinya dimana gabungan kesemua elemen-elemen budaya Indonesia
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 452 -