Page 463 - Proceedings Collega2023
P. 463
Negara menerusi olahan tari”. Dapat disimpulkan bahawa penghasilan karya kreasi menjadi satu
fenomena yang baru di Malaysia, ianya dapat dilihat dari pemerhatian pengkaji dimana hampir kesemua
koreografer di Malaysia cuba untuk menyuntik elemen-elemen tradisional dan kontemporari di dalam
karya mereka supaya menjadi sebuah karya berbentuk kreasi baru akan tetapi masih berpegang utuh pada
elemen tradisi.
Koreografi Pat Ibrahim juga tidak terkecuali telah melalui proses penghasilan karya yang berbentuk
kreasi baru. Karya-karya Pat Ibrahim sebelum ini banyak menggabungkan beberapa elemen tradisi dalam
karya beliau, penghasilan koreografi seperti ini asing bagi beliau, maka dengan itu tercetus idea untuk
beliau menghasilkan karya Asmaradana. Apa yang menarik perhatian pengkaji adalah persembahan
Asmaradana ini telah disuntik dengan elemen-elemen tarian jawa di dalam koreografi Asmaradana ini.
Koreografi dan pergerakan Asmaradana yang dihasilkan bukan sahaja menggabungkan elemen-elemen
tarian jawa dan kontemporari, malah muzik dan kostum yang diguna pakai juga dapat dilihat menggunakan
elemen-elemen jawa dan juga kontemporari. Tarian Asmaradana telah banyak dipersembahkan malah
terdapat pelbagai versi dan ciptaan baru koreografi Asmaradana telah dihasilkan. Untuk kajian ini, pengkaji
akan mengkaji lebih mendalam dan melihat perkembangan koreografi Asmaradana dan memberi
penekanan terhadap persembahan Asmaradana yang telah dipersembahkan di malam Anugerah Industri
Muzik (AIM) ke 12 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Koreografer
Nama Pat Ibrahim bukanlah satu nama yang asing di dalam 450elajara seni Tari di Malaysia, aktivis
seni Tari pasti mengenali kehebatan beliau di dalam menghasilkan karya yang berbentuk fusion. Daya
pemikiran beliau di dalam menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari tidak perlu dinafikan.
Bermulanya kerjaya anak seni beliau sebagai penyanyi 450elajar 450elajara Kool, kemudian mula
mendalami bidang seni tari dan koreografi apabila melanjutkan 450elajaran di Akademi Seni Kebangsaan
(ASK). Kemudian kerjaya seni beliau mula berkembang sehingga menjadi pengarah muzikal teater dan juga
koreografer bagi beberapa muzikal teater di Malaysia, antaranya yang menjadi bualan ramai adalah Puteri
Gunung Ledang the Musical dan beberapa lagi. Sehingga kini Pat Ibrahim masih lagi aktif menjadi
koreografer bagi acara-acara berskala besar dan kecil.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 450 -