Page 464 - Proceedings Collega2023
P. 464

Asmaradana

                       Asmaradana merupakan sebuah runut bunyi bagi filem epik Puteri Gunung Ledang, lagu ini telah

               dirakamkan dan dipersembahkan oleh Datin Tiara yang juga pelakon dan teraju utama bagi filem ini. Lagu
               Asmaradana merupakan sebuah karya yang dihasilkan dan dicipta oleh Edry Abdul Halim dan Norman

               Abdul Halim. Kedua-dua pencipta ini telah memilih untuk mengetengahkan genre Pop Tradisional di dalam
               penghasilan karya Asmaradana ini. Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem yang telah diarahkan

               oleh pengarah terkenal iaitu Saw Teong Hin. Filem ini telah diterbitkan oleh Enfiniti Productions. Filem
               Puteri Gunung Ledang mula ditayangkan pada 31 Ogos 2004 dan mendapat kritikan yang positif oleh

               pengkritik filem Malaysia dan juga Antarabangsa. Rentetan dari kejayaan filem ini, sebuah pementasan
               teater muzikal yang diberi nama Puteri Gunung Ledang the Musical telah dipentaskan pada tahun 2006.


                       Terdapat dua karya Asmaradana hasil koreografi Pat Ibrahim pada pengkaji amat menarik dan
               mempunyai nilai estitika yang tersendiri. Asmaradana versi muzik video dan persembahan Asmaradana

               versi  Anugerah  Industri  Muzik  (AIM)  12.  Kedua-dua  versi  ini  mempunyai  kehebatan  dan  mempunyai
               elemen-elemen  tradisional  dan  kontemporari  yang  kuat  di  dalam  penghasilan  dan  penciptaan  gerak.

               Seterusnya menjadikan kedua-dua versi ini menjadi satu karya inovasi dan terkini. Di dalam versi muzik
               video  Asmaradana,  Pat  Ibrahim  menggunakan  elemen-elemen  pergerakan  silat  dan  disuntik  dengan

               pergerakan kontemporari di dalam koreografi bagi versi muzik video ini. Ketika sesi temuduga bersama Pat
               Ibrahim, terjadinya koreografi Asmaradana versi muzik video ini adalah kerana penyanyi utama Datin Tiara

               Jacquelina mempunyai asas dan mahir di dalam seni mempertahankan diri seperti Judo dan Karate. Oleh
               yang  demikian  Pat  Ibrahim  mengambil  pendekatan  untuk  menghasilkan  pergerakan  yang  berasaskan

               elemen-elemen  seni  mempertahankan  diri.  Elemen  pergerakan  silat  telah  digunakan  bagi  versi  muzik

               video.  Maka dengan itu terhasilah sebuah karya agung yang menjadi bualan sehingga kini di dalam industri
               seni tari.


                       Persembahan Asmaradana di Anugerah Industri Muzik (AIM) 12 ini merupakan satu kelainan dan
               diluar kebiasaannya dimana pada pemerhatian pengkaji ketika melihat rakaman video di You Tube, Pat
               Ibrahim tidak menggunakan semula koreografi dan elemen yang sama yang dipersembahkan di dalam

               versi muzik video Asmaradana. Pat Ibrahim menerangkan kepada pengkaji bahawa beliau tidak mahu

               membuat  koreografi  atau persembahan  yang  sama seperti  dilakukan  di  dalam  muzik  video.  Oleh  itu,
               inspirasi  untuk  menghasilkan  persembahan  di  Anugerah  Industri  Muzik  (AIM)  12  adalah  berdasarkan

               watak utama di dalam filem Puteri Gunung Ledang iaitu Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah lakonan
               Datin Tiara Jacquelina. Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah merupakan seorang Puteri yang berbangsa



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 451 -
   459   460   461   462   463   464   465   466   467   468   469