Page 422 - Proceedings Collega2023
P. 422
orang sarjana terkenal. Bagi tujuan tersebut, kajian ini menggunakan data berbentuk puisi oleh penyair
terkenal Kelantan seperti A. Aziz Deraman, Azmi Yusoff, Ezani Haji Daud, Mazli Husma, Wanrazuhar, Rosli
K. Matari dan Rahimidin Zahari. Hasil kajian ini menunjukkan banyak aspek budaya dan seni
didokumentasikan dalam puisi oleh penyair Kelantan, antaranya termasuk aspek bahasa, penggunaan
dialek, kepentingan tulisan Jawi, permainan tradisi dan seni wayang kulit. Dapatan ini menunjukkan
bahawa penyair Kelantan menampakkan kecenderungan signifikan untuk mendokumentasikan aspek
budaya dan seni dalam puisi, sekali gus membuktikan karya mereka merupakan antara dokumen
sosiobudaya penting untuk kajian lanjut dalam bidang budaya dan seni di Kelantan.
Dapatan Kajian
Huraian seterusnya merupakan penyelidikan daripada peribahasa Melayu Patani, Thailand yang
ditulis dalam buku Peribahasa Melayu (Aminoh Chewae, 2021). Penyelidikan berikut ini akan menjawab
objektif dalam kajian ini, iaitu mengenalpasti fungsi-fungsi peribahasa Melayu Patani, dan menganalisis
nilai-nilai lokal dalam budaya Melayu Patani.
Fungsi-fungsi peribahasa Melayu Patani
Berdasarkan teori Terdapat tiga fungsi utama dalam peribahasa Melayu Patani yang
menyerlahkan akal budi Melayu dalam membentuk seseorang melalui bahasa kiasan, iaitu fungsi untuk
menasihat, menegur dan menyindir.
1. Fungsi untuk menasihat
Peribahasa Melayu Patani yang berfungsi nasihat kebanyakannya memberi pengajaran dan
pengingatan seseorang supaya berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian. Peribahasa yang
mengandungi unsur nasihat adalah seperti berikut:
(1) Hujae tak rata (Hujan tidak serata)
Peribahasa di atas membawa maksud mendapat sesuatu atau manfaat tidak sama rata. Seperti
air hujan turun dari langit tidak semua isi dunia ini terkena hujan hanya beberapa tempat Sahaja. Begitu
juga dengan rezeki, ada sesetengah negara mendapat rezeki yang banyak dan sesetengah negara yang
lain pula hanya dapat rezeki yang sedikit หahaja. Hal ini menggambarkan setiap orang itu tidak sama
rezekinya.
(2) Jaedae payong belung hujae (Sediakan paying sebelum hujan)
Peribahasa di atas menggambarkan persediaan dalam setiap situasi agar tidak tergesa-gesa
apabila musibah datang.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 409 -

