Page 423 - Proceedings Collega2023
P. 423
(3) Diyae-diyae ubi ada isi, diyae-diyae besi karat (Diam-diam ubi ada isi, diam-diam besi
berkarat)
Peribahasa ini memberi gambaran bahawa orang cerdik dalam diamnya dapat menghasilkan
sesuatu perkara yang mendatangkan manfaat kepada dirinya sendiri mahupun kepada orang lain,
sedangkan orang bodoh atau orang malas belajar dalam diamnya tida apa-apa hasil, malah merugikan
masa sahaja. Peribahasa ini mengikatkan seseorang bahawa jadilah orang yang cerdik yakni carilah ilmu
pengetahuan kerana ia akan mendatangkan kebaikan-kebaikan yang banyak.
(4) Rezeki jangae tolak, musuh jangae cari (Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari)
Peribahasa ini menasihatkan seseorang supaya jika diberi peluang atau diberikan rezeki
hendaklah diterima dengan penuh hati dan jangan sesekali menolak peluang atau rezeki itu kerana
mungkin ia tidak akan ada lagi selepas ini. Manakala ayat kedua memberi maksud jangan mendekati
musuh atau jauhilah daripada bermusuh.
2. Fungsi untuk menyindir
Peribahasa yang berfungsi menyindir merupakan perkataan yang mengandungi perkataan
mengeji atau mengejek orang dengan cara tidak terus terang supaya memberi peringatan kepada
seseorang agar berwaspada dengan apa yang diungkapkan. Peribahasa yang mengandungi unsur sindiran
adalah seperti berikut:
(5) Warak kucing (warak kucing)
Penyindiran dalam peribahasa di atas menggambarkan tentang perbuatan seseorang yang di
depan mata orang pura-pura berbuat baik apabila tiada orang jahat pula perangainya. Peribahasa ini telah
memilih unsur kucing sebagai simbol seseorang yang mempunyai perangai yang palsu seperti mana kucing
apabila di pedan tuannya manja-manja, tetapi bila tuannya tiada bersempah rumah dikacau kucing.
(6) Ada udae sebalik batu (ada udang sebalik batu)
Peribahasa ini memberi sindiran terhadap orang yang melakulan sesuatu dengan tidak ikhlas atau
membuat sesuatu dengan adanya balasan atau upah. Atau seseorang yang menolong atau melakukan
sesuatu demi mendapat sesuatu yang diingininya. Pendek kata seseorang mengharapkan sesuatu di
sebalik perbuatannya.
(7) Panah tahi ayae (panas tahi ayam)
Peribahasa unsur sindiran ini menggambarkan seseorang yang perpura-pura kerja keras hanya
sementara sajaha atau bersungguh-sungguh hanya seketika, selepas itu tidak membuat pekerjaan apa-
apa lagi. Peribahasa ini mengingatkan seseorang dalam sesuatu pekerjaan bahawa jangan terlalu gopoh
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 410 -