Page 424 - Proceedings Collega2023
P. 424
dalam pekerjaan, nanti tidak dapat hasil yang berpanjangan. Biar bekerja sedikit-demi sedikit namun
selalu kerjakan.
3. Fungsi untuk menegur
Peribahasa Melayu Patani yang mempunyai unsur teguran atau larangan adalah untuk mendidik
masyarakat supaya tidak melakukan perkara yang mendatangkan kerosakan kepada diri sendiri dan juga
orang sekeliling. Peribahasa yang mengandungi unsur teguran adalah seperti berikut:
(8) Lidah cabae (lidah bercabang)
Peribahasa di atas memberi maksud hal yang disampaikan itu belum tentu benar atau tidak boleh
dipercayai. Peribahasa ini digunakan untuk menegur seseorang bahawa jangan terlalu percaya pada
ucapan orang apalagi ucapan daripada orang yang belum dikenali dengan baik.
(9) Kecik-kecik api (kecil-kecil api)
Peribahasa berunsur teguran ini mengingatkan seseorang bahawa benda atau perkara walaupun
kecil, tapi ia dapat mendatangkan bahaya yang dahsyat seperti membuka rahsia musuh walaupun
awalnya perkara yang kecil sahaja, namun jika diketahui oleh musuh ia akan mendatangkan kemudaratan
kepada diri seseorang itu.
Nilai-nilai yang terkandung dalam peribahasa Melayu Patani
Bangsa akan wujud apabila sesebuah masyarakat mengguna dan mengamalkan budaya yang
sama. Menurut gambaran bangsa Melayu, sebuah bangsa itu menggunakan bahasa Melayu dalam
pertuturannya, menggunakan bangsa Melayu sebagai dalam kehidupan (Abdullah, Hassan, 2009). Sesuatu
budaya itu merupakan warisan yang disampaikan dan ditinggalkan oleh generasi terdahulu hingga ke
generasi sekarang yang masih mengamalkannya. Bangsa Melayu Patani juga sangat masyhur dengan
keperibadiannya yang lemah lembut dan sopan santun. Keadaan sesuatu bangsa amat mempengaruhi
suasana masyarakatnya. Jika diteliti peribahasa dalam kajian ini, kelihatan ayat yang disampaikan amat
memberi kesan kepada pendengar tentang sopan santun dan isi yang disampaikan ini dapat
menyerlahkan kebudayan yang mempamerkan kemelayuannya. Sehingga terbentuk sesebuah nilai pada
diri seseorang itu. Nilai-nilai yang terkandung dalam peribaha Melayu Patani terdapat seperti berikut:
1. Nilai kerja keras dan pantang menyerah
(10) bela putih tulae jangae putih mata (biar putih tulang jangan putih mata)
Peribahasa di atas memberi makna bahawa seseorang itu sanggup berjuang sampai mati dengan
tidak mudah mengaku kalah. Peribahasa ini digunakan untuk memberi semangat kepada penduduk demi
mempertahankan tanah airnya daripada penjajah.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 411 -