Page 421 - Proceedings Collega2023
P. 421

dilakukan berbentuk analisis dokumen dengan merujuk beberapa teks peribahasa Melayu terpilih. Hasil

               kajian ini didapati bahawa pelbagai jenis simbol perlambangan alam yang dijumpai dalam teks peribahasa
               Melayu terpilih seperti hujan, sungai, laut dan banyak lagi yang mempunyai makna yang berbeza dalam

               peribahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini dapat memberi pengetahuan yang luas kepada pengkaji dan
               khalayak tentang kehebatan pemikiran masyarakat Melayu dalam peribahasa kerana alam sebagai

               cerminan kehidupan.

                       Selain itu, kajian tentang peribahasa yang melihat rujukan sifat ayam telah dijalankan oleh

               Muhammad Zaid Daud dan Mary Fatimah Subet, (2022). Kajian ini mempunyai tujuan untuk menganalisis
               data peribahasa Melayu yang bersifat ayam sebanyak 90 ungkapan dengan mengaplikasikan pendekatan

               semantik inkuisitif di samping mengaplikasikan pendekatan rangka rujuk silang (RRS) berpandukan data

               korpus yang diperoleh daripada Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Malay
               Concordance Project (MCP). Hasil kajian ini didapati bahawa pendekatan semantik inkuisitif mampu
               merungkai penciptaan peribahasa Melayu bersumberkan ayam secara lebih berwibawa. Hal ini dikatakan

               demikian kerana penerokaan makna peribahasa ini tidak hanya terhad pada makna harfiah dan

               kognitifnya sahaja tetapi, mampu mencungkil ketinggian falsafah dan akal budi Melayu itu sendiri.

                       Selain itu, kajian berkaitan dengan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa juga dilajankan oleh

               Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011). Kajian ini bertujuan untuk mengenal
               pasti hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu menggunakan hipotesis Sapir-Whorf.

               Data peribahasa dikumpul daripada empat buah teks peribahasa Melayu iaitu Kitab Kiliran Budi, Kamus
               Istimewa Peribahasa Melayu, 1001 Peribahasa Melayu, dan Peribahasa SPM. Hasil kajian ini didapati

               bahawa peribahasa Melayu memaparkan pemikiran Melayu dalam lima kategori falsafah iaitu pemikiran
               tentang kewujudan (metafizik), pemikiran tentang ilmu pengetahuan (epistimologi), pemikiran tentang

               moral manusia (etika), pemikiran tentang penaakulan manusia terhadap alam ini (logik), dan pemikiran
               tentang keindahan (estetika). Kajian juga membuktikan terdapat hubungan bahasa dan pemikiran dalam

               peribahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan dalam hipotesis Sapir-Whorf. Kesimpulannya,
               penelitian terhadap peribahasa Melayu telah dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan

               bangsa Melayu dalam penciptaan peribahasa Melayu dengan bersumberkan alam sekeliling.

                       Manakala kajian tentang budaya pula telah dijalankan oleh Norhayati Abdul Rahman (2022).

               kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek pendokumentasian dan pewacanaan budaya dan seni
               dalam karya penyair negeri Kelantan juga untuk menganalisis bentuk-bentuk dokumentasi budaya dan

               seni dalam puisi penyair Kelantan dengan menggunakan pendekatan konsep budaya oleh beberapa


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 408 -
   416   417   418   419   420   421   422   423   424   425   426