Page 418 - Proceedings Collega2023
P. 418
ABSTRAK
Melayu Patani merupakan salah satu bangsa yang terletak di Selatan Thailand yang memiliki dan
mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian. Melayu Patani hidupnya menyatu dengan alam
kerana kawasan kediaman hampir semuanya dikelilingi hutan hijau dan pantai, sehingga hampir semua
aktivitinya berkait rapat dengan alam seperti perkataan dalam peribahasa banyak menyerlahkan unsur
alam seperti binatang dan lain-lainnya. Penciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat Melayu
lama hingga mencipta sebuah budaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti fungsi-fungsi peribahasa
Melayu Patani dan menganalisis nilai-nilai lokal dalam budaya Melayu Patani. Kajian kualitatif ini
dijalankan dengan mengaplikasi teori sosiologi sastera yang memfokus kepada fungsi dan nilai yang
terkandung dalam peribahasa Melayu Patani. Kajian ini didapati bahawa peribahasa Melayu Patani
banyak menciptakan peribahasa dengan mempamerkan fungsi nasihat, menyindir dan menegur.
Manakala nilai yang terdapat dalam peribahasa Melayu Patani pula ialah nilai kerja keras dan pantang
menyerah. Selain itu, didapati juga nilai kesabaran dan ketekunan, nilai kekeluargaan dan kebersamaan,
nilai keteladanan, nilai ketulusan dan nilai kedamaian.
Kata kunci: peribahasa, Melayu Patani, budaya lokal, sosiologi sastera
Pengenalan
Peribahasa ialah segala susunan pertuturan yang pendek yang telah melekat di mulut orang
ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dan
diguna pakai untuk tujuan bandingan, teladan, dan pengajaran (Za’ba, 1965). Selain itu, penggunaannya
mempunyai matlamat yang tersendiri, iaitu agar orang yang mendengar atau membacanya tidak mudah
rasa tersinggung dalam sesebuah komunikasi.
Peribahasa (proverbs) menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) pula ialah ayat atau
kelompok kata yang mempunyai susunan bahasa yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu
seperti penggunaan bahasa kiasan berbentuk bidalan, pepatah daln lain-lain lagi. Peribahasa bersifat
padat, ringkas, sederhana dan berisi tentang kehidupan, budaya, nilai, nasihat, perbandingan,
perumpamaan, prinsip dan aturan tingkah laku. Peribahasa banyak digunakan dalam kehidupan
keseharian orang pada masa dulu dan diturunkan dari generasi ke generasi. Hal ini kerana dianggap
sebagai jalan yang paling mudah bagi mereka untuk memberi nasihat, teguran atau sindiran. Demikian
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 405 -