Page 426 - Proceedings Collega2023
P. 426
Kesimpulan
Masyarakat Melayu sememangnya bijak dalam melestarikan bahasa kiasan seperti peribahasa
dalam membentuk keperibadian seseorang. Peribahasa juga merupakan salah satu senjata pertuturan
masyarakat Melayu pada zaman dahulu untuk memberi peringakatan, nasihat sindiran atau tegoran
kepada seseorang melalui bahasa yang halus dan sedap didengar. Budaya penggunaan bahasa kiasan ini
juga terbentuk nilai-nilai murni kepada masyarakat setempat seperti nilai kesopanan dalam perucapan,
nilai ketulusan dalam membentuk atau mendidik seseorang agar lebih berhati-hati dalam kehidupan
seharian dan sebagainya. Hasil kajian dapat disimpulkan bahawa fungsi dan nilai dalam peribahasa
Melayu Patani sangat memberi dampakan terhadap kebudayaan lokal orang Melayu Patani. Fungsi utama
dalam peribahasa tersebut ialah fungsi nasihat, sindiran dan teguran. Fungsi-funsi tersebut sangat
memberi kesan kepada orang ramai dalam mengamalkan budaya nasihat-menasihati sesama lain dengan
menggunakan bahasa yang sedap didengar seperti peribahasa. Aspek nilai yang terkandung dalam
peribahasa tersebut juga turut memberi dampakan yang baik terhadap pengguna dan pengamalnya
kerana banyak nilai yang terkandung dalam peribahasa tersebut seperti nilai kerja keras dan pantang
menyerah, nilai kesabaran dan ketekunan, nilai kekeluargaan dan kebersamaan, nilai keteladanan, nilai
ketulusan dan nilai kedamaian. Selain itu, keperibadian budaya lokal boleh digambarkan dengan jelas
pada perkataan-perkataan yang terkandung dalam peribahasa Melayu Patani.
Rujukan
Abdullah Hassan. (2009). Bahasa Melayu di persimpangan: Antara jati diri dengan rempuhan globalisasi.
Jurnal Kemanusiaan, 16(1), 59-81.
Abdul Rahman Yusof. (1975). Sosiologi sastera dan sumbangannya dalam penelitian kesusasteraan
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aminoh Jehwae. (2021). Peribahasa Melayu. Pattani: Pattani Info.
Ekarini Saraswati. (2007). Sosiologi sastera: Sebuah pemahaman awal. Malang: Bayu Media & UMM
Press.
Laurenson, Diana dan Swingewood. (1972). The Sociology of Literature. London: Paladin.
Nordiana Ab Jabar, Suraya Sukri, Ainul Wahida Radzuan, Sudirman Kiffli, Siti Nur Anis Muhammad Apandi
& Farrah Atikah Saari. (2021). Simboli kalam dalam peribahasa: Kepintaran akal masyarakat
Melayu. Proceeding of International Symposium on Cultural Heritage. 45-51.
Norhayati Abdul Rahman. (2022). Wacana budaya dan seni dalam puisi Melayu moden oleh penyair
negeri Kelantan. Malay Literature, 35(1), 83-108.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 413 -