Page 420 - Proceedings Collega2023
P. 420
Objektif Kajian
1. Mengenalpasti fungsi-fungsi peribahasa Melayu Patani.
2. Menganalisis nilai-nilai lokal dalam budaya Melayu Patani.
Metodologi Kajian
Berdasarkan kajian yang dilakukan adalah kajian berbentuk dokumen iaitu mencari beberapa
teks untuk dijadikan rujukan dan tambahan kepada kajian ini. Kajian yang dilakukan ini juga adalah
dengan menggunakan pendekatan kualitatif dalam melengkapkan kajian ini. Teori sosiologi sastera
merupakan kaedah utama yang digunakan dalam penganalisisan bahan kajian ini.
Perbezaan ketara antara sosiologi dan sastera ialah sosiologi merupakan satu ilmu yang
memerlukan analisis ilmiah yang objektif sementara sastera cuba untuk memahami setiap kehidupan
sosial dari dalam perasaan seseorang. Sosiologi sastera juga ada yang berpihak kepada kenyataan bahawa
sastera adalah cerminan masyarakat berdasarkan kepada pandangan Plato sehinggalah kepada
pandangan Madame de Stael dan Milne tentang pengaruh iklim dan geografi.
Pandangan lain pula menganggap bahawa sastera bukan sekadar pencerminan masyarakat
penghasilnya. Jauh daripada itu, sastera merupakan satu usaha untuk menemukan makna dan penelahan
nilai yang harus dihayati masyarakat. Melalui konsep “ras, masa dan lingkungan,” yang dikemukakan oleh
Hippolyte Taine, sastera dianggap bukan sekadar permainan imaginasi yang bersifat peribadi tetapi
merupakan rakaman cara zaman dan pengwujudan fikiran tertentu. Sebagai cermin masyarakat, novel
boleh dibawa ke mana sahaja dan ia juga sesuai untuk memantulkan segala kehidupan dan alam. Hasil
sastera bukan pula hanya dianggap sebagai cermin tetapi sebagai dokumen yang memperlihatkan segala
yang baik atau buruk dalam masyarakat (Sapardi Djoko Damono, 1979:21)
Berdasarkan pandangan beberapa orang pengkaji sastera tersebut, kajian ini akan melihat
bagaimana bentuk sosiologi sastera yamg mencungkil unsur budaya tempatan dan cerminan peribadi
pencipta peribahasa Melayu Patani.
Sorotan Kajian
Kajian berkaitan dengan simbolik alam dalam peribahasa yang menyerlahkan akal Masyarakat
Melayu telah dijalankan oleh Nordiana Ab Jabar, Suraya Sukri, Ainul Wahida Radzuan, Sudirman Kiffli, Siti
Nur Anis Muhammad Apandi dan Farrah Atikah Saari (2021) bertujuan untuk mengungkap kebijaksanaan
masyarakat Melayu dalam mengaitkan alam dan peribahasa dalam proses kepengaranganya. Kajian ini
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 407 -

