Page 425 - Proceedings Collega2023
P. 425

2.  Nilai kesabaran dan ketekunan


                       (11) kena jalae baru boleh rezeki (perlu mengembara baru dapat rezeki)
                       Peribahasa ini memberi nilai kesabaran dan ketekunan bahawa setiap perkara jika ingin mencapai

               kejayaan atau mendapat rezeki harus berusaha dan bekerja keras.

                       (12) raengae tulae berat perut (ringan tulang berat perutnya)
               Peribahasa  yang  memberi  nalai  kesabaran  dan  ketekunan  ini  menggambarkan  seseorang  yang  rajin
               bekerja akan bertambah rezekinya. Ungkapan penggunaan kata ringan tulang bermaksud ringan tangan

               atau rajin untuk berbuat pekerjaan tidak malas. Jika selalu bekerja berutpun berisi tidak kekosongan ada
               rezeki.

                    3.  Nilai kekeluargaan dan kebersamaan

                       (13) ikae di laut, asae di darat, boleh temu juga (ikan di laut, asam di darat, bertemu jua)
                       Peribahasa ini memberi makna walaupun berjauhan jika jodoh tetap bersatu jua. Peribahasa ini

               juga mengingat seseorang bahawa jangan terlalu risau pasal jodoh tuhan telah taqdirkan jauh mana pun
               akan disatukan suatu hari.
                    4.  Nilai keteladanan


                       (14) lain lubok lain ikae (lain lubuk lain ikan)
                    Peribahasa  ini  menggambarkan  tentang  adat  di  sesebuah  negeri  tidak  sama,  malah  sesebuah
               kampung kadang-kala tidak sama juga. Hal ini kerana lingkungan dan suasana juga budaya yang diamalkan

               oleh seseorang yang berlainan tempat itu tidak sama.
                    5.  Nilai ketulusan

                       (15) sikit-sikit jadi bukit (sedikit-sedikit jadi bukit)

                    Satu  nilai  yang  harus  dipatuhi,  iaitu  nilai  ketulusan  bahawa  sifat  tolong  menolong  atau  bekerja

               sedikit-demi  sedikit  mendatangkan  kebaikan  kepada  seseorang.  Peribahasa  ini  juga  memberi  makna
               tetang berjimat dan rajin menabung hidup akan Bahagia dan senang pada masa yang akan datang.

                    6.  Nilai kedamaian
                       (16) hujae mah di negeri orae, tak sama denga hujae batu di negeri sendiri (Hujan emas di negeri

                          orang tidak sama dengan hujan batu di negeri sendiri)
                       Peribahasa ini menggambarkan kesejahteraan yang dinikmati oleh seseorang apabila tinggal di

               tempat asalnya lebih baik daripada tinggal di tempat lain atau negara orang walaupun negara lain itu
               amat kaya dan mempunyai keselesaan yang baik berbanding tempat asalnya. Pendek kata walaupun

               hidup di negeri orang lebih senang, namun tidak tenang atau damai seperti negeri sendiri.




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 412 -
   420   421   422   423   424   425   426   427   428   429   430