Page 419 - Proceedings Collega2023
P. 419
sebaliknya, isinya mudah ditangkap oleh pihak yang dinasehati. Bila diselidiki isi dan jiwa yang terkandung
didalamnya, maka banyak bahan yang dapat diambil dari sejarah, sosial dan makna kehidupan mereka
pada masa itu. Peribahasa sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi. Contohnya, peribahasa digunakan
sebagai peringatan, nasihat dan kritikan serta amaran untuk tujuan kebaikan kepada seseorang.
Budaya menerangkan tentang perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis,
merupakan satu reaksi manusia terhadap penyesuaian hidup dengan alam sekeliling. Budaya Melayu
telah mengalami banyak perubahan melalui proses akulturasi dan asimilasi apab ila berlaku
pertembungan dengan peradaban luar seperti Hindu, Islam dan kemudian Barat (Wan Abdul Kadir,
1988:1). Budaya Melayu pada zaman dahulu selalu menggunakan bahasa kiasan dalam menasihati atau
menegur masyarakat. Penggunaan bahasa kiasan seperti peribahasa ini melambangkan daya pemikiran
dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi. Bila disebut budaya Melayu terdapat segelintir
penduduk di Selatan Thailand atau lebih dikenali sebagai orang Patani yang mengamalkan budaya Melayu
dalam seharian mereka. Selain itu, penggunaan bahasa kiasan seperti peribahasa juga ditemui diguna
pakai oleh mereka. Setiap budaya pula mempunyai cara fikir dan cara hidup tersendiri yang menjadi
lambang kebudayaan setempat.
Melayu Patani adalah sebuah kumpulan etnik Melayu yang tinggal di wilayah selatan Thailand,
terutamanya di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat, serta sebahagian wilayah Songkhla. Melayu Patani
memiliki keperibadian yang unik dan pelbagai dalam banyak aspek kehidupan, termasuk bahasa, budaya
dan agama. Bahasa Melayu dialek Patani adalah bahasa utama yang digunakan oleh Melayu Patani. Segi
aspek agama, Melayu Patani sebahagian besarnya beragama Islam. Segi budaya pula, Melayu Patani kaya
dengan seni, muzik, tarian, dan adat resam. Mereka mempunyai seni tradisional seperti wayang kulit dan
tarian tradisional yang unik.
Melayu Patani hidupnya menyatu dengan alam kerana kawasan kediaman hampir semuanya
dikelilingi hutan hijau dan pantai, sehingga hampir semua aktivitinya berkait rapat dengan alam seperti
makanan dihidangi dengan sayur-mayur, alat musik seperti kumpang sebahagiannya diperbuat daripada
kulit binatang, malah percakapan kiasan seperti peribahasa banyak mengambil unsur alam dalam
menciptakan kata-kata tersebut. Hal demikian, merupakan cerminan penting kepada kebudayaan lokal
yang ditonjolkan oleh orang Melayu Patani.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 406 -