Page 252 - Proceedings Collega2023
P. 252

menjelaskan  bahawa  guru  lebih  cenderung  mengaplikasikan  teori  konstruktivisme  dalam  pengajaran
               sastera untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah secara berkesan serta berfikir secara kritis
               dan kreatif. Guru dapat menghuraikan masalah yang dihadapinya melalui pendekatan konstruktivisme
               bagi pembelajaran puisi dalam kalangan pelajar kerana dapat membentuk pengajaran kreatif dan inovatif
               (Suoth, 2018).

               Kesimpulan

                       Kepentingan  kajian  ini  mengkehendaki  hasrat  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  untuk
               mewujudkan pembelajaran yang berkualiti iaitu meliputi kemahiran berfikir seiring aspirasi murid iaitu
               (PPPM, 2013).  Perkara ini menggalakkan murid memiliki keterampilan yang unggul melalui daya pemikiran
               secara kritis, kreatif dan inovatif melalui apresiasi sastera. Bagi menggalakkan murid berfikir secara kritis
               dan kreatif, guru perlu mencabar murid dari awal melalui penggunaan elemen sastera (Kartini & Ali, 2021).
               Ia  bermulanya  daripada  kompetensi  guru  yang  memerlukan  latihan  perguruan  yang  efektif  untuk
               membentuk pendidikan yang berkualiti. Seiring sasaran 4.A dalam Sustainable Development Goals (SDG)
               iaitu matlamat keempat, pendidikan berkualiti menekankan bahawa menjelang 2030, adalah memastikan
               peningkatan bilangan guru yang berkelayakan adalah mencukupi, melalui kerjasama antarabangsa untuk
               diberi latihan perguruan di negara-negara membangun, terutamanya negara-negara yang kurang maju dan
               negara-negara membangun.

                       Diharapkan  kajian  ini  dapat  menjadi  panduan  kepada  pelaksanaan  PdPc  bagi  subjek  Bahasa
               Melayu di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Bukan itu sahaja, kajian ini juga boleh dijadikan
               rujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengetahui dengan lebih dekat terhadap
               permasalahan pelaksanaan KBAT  yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu di Malaysia khususnya
               dalam pengajaran aspek seni bahasa. Perkara ini juga memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak iaitu
               Dewan  Bahasa  dan  Pustaka,  Bahagian  Pembangunan  Kurikulum,  Jabatan  Pendidikan  Negeri,  Pejabat
               Pendidikan Daerah hinggalah ke peringkat pemimpin sekolah agar merealisasikan transformasi pendidikan
               yang di akhirnya memperlihatkan kemenjadian murid.

               Rujukan:
                Aziz, F. A., & Abd Rahman, F. (2018). Sorotan kajian kesediaan dan keperluan guru
                       bahasa melayu dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) di bilik
                       darjah. PENDETA: Journal of Malay Language, Education
                       and Literature, 9, 80–101. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.7.2018

               Abd Rahman, F., Aziz, F. A. A., & Othman, S. (2020). Strategi penerapan kemahiran
                       berfikir aras tinggi dalam pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah.
                       International Journal of Education and Training. 6(2), 1-14.

               Alias, M. H., Lubis, M. A., & Mohamad, M. (2018). Kemahiran membaca dan kefahaman
                       bacaan teks bahasa arab sebagai bahasa kedua: satu sorotan literatur.
                       International Conference on Ummah, 422-432.






               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 239 -
   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257