Page 237 - Proceedings Collega2023
P. 237

oleh Chew dan Masingan (2021), apabila murid kurang bersoal jawab dengan baik hingga murid kurang
               menjana idea untuk mengemukakan soalan kepada rakan yang lain. Oleh itu, guru perlu menunjuk cara
               yang  sesuai  bagi  melaksanakan  penyoalan  dan  pemberian  jawapan  kepada  murid  agar  murid  dapat
               mengaplikasikan KBAT.

                       Pengajaran seni bahasa secara KBAT juga melibatkan kemahiran membaca dalam kalangan guru.
               Penguasaan  guru  untuk  memahami  teks  puisi  yang  dibaca  perlulah  difahami  terlebih  dahulu  dengan
               sebaiknya supaya dapat menggalakkan pemikiran yang kritis terhadap muridnya. Menurut Mohamed, Ali,
               Nasir dan Malim (2021) menjelaskan bahawa pengahayatan dan pemahaman murid terhadap rangkap-
               rangkap pantun yang telah dibaca akan membentuk proses belajar yang bermakna kerana melibatkan
               proses memahami makna puisi tersebut. Oleh itu, guru sememangnya perlu mahir dalam memahami teks
               puisi yang dibaca oleh muridnya agar membantu muridnya melalui aras KBAT.
               Teori Konstruktivisme

                       Pembelajaran konstruktivisme merupakan pembelajaran yang membentuk pengetahuan baharu
               dengan mengaitkan pengalaman sedia ada untuk diterjemahkan dalam pembelajaran berpusatkan murid.
               Teori konstruktivisme ini dipelopori oleh Vygotsky (1978) yang menekankan aspek Zon Perkembangan
               Terdekat (Zone Proximal Development) iaitu merupakan zon pertengahan di antara zon atas dan zon bawah
               yang melibatkan penguasaan murid dalam  sesuatu kemahiran yang dipelajari melalui bimbingan daripada
               orang  lain  yang  lebih  mahir.  Perkara  ini  memerlukan  beberapa  elemen  penting  bagi  menyokong
               pembelajaran  murid.  Menurut  Ahamad,  Bakar  dan  Juhary  (2022)  menjelaskan  ciri-ciri  pendekatan
               konstruktivisme dalam pengajaran seni bahasa iaitu melibatkan pembelajaran berpusatkan murid, elemen
               scaffolding,  sumber  bahan,  penggunaan  peta  I-Think,  interaksi  sosial  melalui  kolaborasi,  kemahiran
               bernilai  tambah,  pembelajaran  teradun,  pembelajaran  kontekstual  dan  pentaksiran.  Oleh  itu,
               pembelajaran  konstruktivisme  ini  membentuk  elemen  persekitaran  yang  dinamik  melalui  sokongan
               pembelajaran yang bermakna dalam aktiviti berkumpulan.

               Teori Taksanomi Anderson
                       Kemahiran  Berfikir  Aras  Tinggi  (KBAT)  merupakan  keupayaan  seseorang  mengatur  strategi
               pemikiran yang kritikal untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi melalui tindakan luar biasa
               untuk membuat keputusan. Pada tahun 2001, Taksanomi Kognitif Anderson telah diperkenalkan setelah
               diubah  suai  oleh  Loren  Anderson  daripada  Teori  Taksanomi  Bloom  (1956)  dengan  menekankan
               penggunaan kata kerja dalam aras pemikiran iaitu bermula dari mengingat, memahami, mengaplikasi,
               menganalisis, menilai hingga ke aras yang tertinggi iaitu mencipta (Abd Rahman, Aziz dan Othman, 2021).
               Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum (2014) membahagikan aras pemikiran tersebut kepada dua
               bahagian iaitu aras mengingat dan memahami merupakan aras Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)
               manakala empat aras selepasnya iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta merupakan aras
               KBAT. Oleh itu, kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini menjurus kepada empat aras yang tertinggi iaitu
               aras KBAT dalam pengajaran kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan guru
               Bahasa Melayu di sekolah rendah bagi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) aspek seni bahasa.





               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 224 -
   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242