Page 238 - Proceedings Collega2023
P. 238

METODOLOGI KAJIAN

               Reka Bentuk Kajian

                       Penyelidik memilih kaedah tinjauan sebagai reka bentuk kajian rintis yang dijalankan ini. Tinjauan
               yang dijalankan oleh penyelidik adalah dilaksanakan secara kajian kuantitif yang melibatkan sampel untuk
               menggambarkan  pendapat,  tingkah  laku,  ciri-ciri  dan  sikap  dalam  populasi  tersebut  (Creswell;  2009).
               Penyelidik telah menjalankan kajian rintis yang melibatkan seramai 68 orang guru yang mengajar mata
               pelajaran Bahasa Melayu yang terdiri daripada guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah
               Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C)).

               Populasi dan Sampel Kajian

                       Sampel kajian yang dijalankan ini adalah melibatkan guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di
               sekolah rendah yang terletak di kawasan daerah Hilir Perak iaitu di negeri Perak. Seramai 68 orang guru
               yang  terlibat  sebagai  responden  kajian  rintis  yang  dijalankan  ini.  Penyelidik  menggunakan  kaedah
               persampelan  rawak mudah.

               Instrumen Kajian

                       Penyelidik telah mengedarkan set soal selidik kepada para guru melalui pautan Google Form untuk
               dijawab  oleh  mereka.  Set  soal  selidik  ini  mengandungi  empat  bahagian.  bahagian  A  merujuk  kepada
               demografi responden kajian. Seterusnya, bahagian  B ialah kemahiran dengar dan tutur oleh guru dalam
               pengimplementasian KBAT bagi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) aspek seni bahasa, bahagian C
               pula  kemahiran  membaca  oleh  guru  dalam  pengimplementasian  KBAT  bagi  pembelajaran  dan
               pemudahcaraan (PdPc) aspek seni bahasa. Akhir sekali, bahagian D pula ialah kemahiran menulis oleh guru
               dalam pengimplementasian KBAT bagi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) aspek seni bahasa.

                       Bagi  konstruk  pertama  iaitu  aspek  kemahiran  mendengar  dan  bertutur  mengandungi  12  item
               soalan. Seterusnya konstruk bahagian B pula mengandungi 11 item soalan manakala konstruk bahagian C
               iaitu kemahiran menulis mengandungi 12 item soalan. Setiap item soalan ini mengandungi lima pilihan
               jawapan kerana menggunakan skala Likert 5 mata yang diberikan nilai 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak
               setuju), 3 (tidak pasti), 4 (setuju) dan 5 (sangat setuju).


               Kebolehpercayaan Kajian
                       Berdasarkan  analisis  data  kajian  rintis  ini,  nilai  pekali  Apha  Cronbach  bagi  item  kemahiran
               mendengar bertutur ialah 0.944, kemahiran membaca 0.935, manakala kemahiran menulis pula ialah
               0.949. Secara keseluruhannya, nilai pekali Alpha Cronbach bagi item soal selidik ini ialah 0.974. Jika nilai
               alpha Cronbach tersebut berada pada nilai 0.7 hingga 0.9, maka instrumen soal selidik yang digunakan ini
               adalah memiliki kebolehpercayaan yang tinggi (Creswell; 2009).      Nilai pekali yang  baik dan ideal untuk
               menilai kebolehpercayaan bagi ketekalan dalaman sesuatu set soal selidik adalah melebihi 0.8 (Alwayi et
               al., 2021; Endalan et al., 2019 dan Aiken, 2000).  Perkara ini membuktikan bahawa  soal selidik ini adalah
               boleh dipercayai, tekal dan boleh diterima.





               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 225 -
   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243