Page 241 - Proceedings Collega2023
P. 241
(11.8%). Selain itu, dapatan kajian menunjukkan guru yang terdiri daripada bidang pengkhususan iaitu
opsyen Bahasa Melayu adalah 33 orang (48.5%) manakala guru yang bukan daripada bidang pengkhususan
opsyen Bahasa Melayu pula ialah 35 orang (51.5%). Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan tempat
bertugas guru Bahasa Melayu mengikut jenis sekolah yang terlibat dalam kajian ini iaitu bagi sekolah
kebangsaan (SK) ialah 35 orang (51.5%) manakala bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK) pula mencatatkan
33 orang (48.5%).
Seterusnya, bagi analisis mengenai pengalaman mengajar bagi guru bagi tempoh 1 hingga 8 tahun
perkhidmatan mencatatkan seramai 17 orang (12 %), bagi tempoh 9 hingga 16 tahun perkhidmatan pula
ialah 16 orang (23.5%). Bagi tempoh 17 hingga 22 tahun perkhidmatan pula mencatatkan 19 orang
(27.9%). Kemudian, bagi tempoh 23 hingga 25 tahun perkhidmatan menunjukkan seramai 4 orang (5.9%)
dan bagi tempoh melebihi 26 tahun perkhidmatan mencatatkan seramai 12 orang iaitu (17.6%). Akhir
sekali, tahap kelas persekolahan yang diajar oleh guru Bahasa Melayu bagi tahap 1 (darjah 1, 2 dan 3) ialah
34 orang (50%), tahap 2 (darjah 4, 5 dan 6) pula seramai 22 orang (32.4%) manakala guru yang mengajar
kedua-dua tahap persekolahan pula mencatatkan 12 orang (17.6%).
Bahagian B: Kemahiran Dengar dan Tutur oleh Guru dalam Pengimplementasian KBAT bagi
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Aspek Seni Bahasa
Berikut Jadual 3 di bawah menunjukkan dapatan kajian rintis daripada soal selidik terhadap
kemahiran dengar dan tutur oleh guru dalam pengimplementasian KBAT bagi pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) aspek seni bahasa. Berdasarkan analisis terhadap konstruk kemahiran dengar dan
tutur oleh guru dalam pengimplementasian KBAT bagi PdPc aspek seni bahasa, pencapaiannya berada di
tahap yang tinggi iaitu min keseluruhannya M=3.72; S.P=0.54. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-
guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Hilir Perak telah menunjukkan penguasaan KBAT yang
sangat baik untuk diimplementasikannya dalam PdPc bagi aspek seni bahasa.
Jadual 3
Kemahiran Dengar dan Tutur oleh Guru dalam Pengimplementasian KBAT bagi Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) Aspek Seni Bahasa
Item Perkara Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Min Sisihan Tahap
tidak setuju pasti setuju
Piawai
setuju
B1. Saya menunjuk - 1 12 51 4 3.85 0.53 Tinggi
cara melalui
(1.5%) (17.6%) (7.5%) (5.9%)
penyampaian
puisi serta
menyanyikan
lagu secara
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 228 -

