Page 232 - Proceedings Collega2023
P. 232
PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN SENI BAHASA
DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
MASTERY OF HIGH LEVEL THINKING SKILLS LEARNING AND TEACHING OF
LANGUAGE ARTS AMONG MALAY LANGUAGE TEACHERS IN PRIMARY SCHOOL
Ahamad Muhammad Affan*1,
Bakar Erda Wati binti2
Juhary Jowati3
1,2, 3 Pusat Bahasa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sungai Besi, 57000,
Kuala Lumpur, Malaysia.
1ckgaffan@gmail.com
2erdawati@upnm.edu.my
3jowati@upnm.edu.my
ABSTRAK
Seni bahasa merupakan ilmu yang menekankan keindahan bahasa dan menyeronokkan kerana
melibatkan nyanyian, bercerita, lakonan dan berpuisi. Kajian rintis ini dijalankan untuk meninjau tahap
penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) seni bahasa
dalam kalangan guru di daerah Teluk Intan, Perak. Penguasaan KBAT ini meliputi tiga kemahiran guru dalam
kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Seramai 68 orang guru Bahasa Melayu di sekolah
rendah dari sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan yang terlibat sebagai sampel kajian
tersebut melalui sampel rawak mudah . Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik yang
menggunakan skala Likert 5 mata. Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.0 untuk
menganalisis data bagi memperoleh data deskriptif iaitu nilai min, sisihan piawai, kekerapan dan
peratusan. Keseluruhan nilai pekali Alpha Cronbach soal selidik ini ialah 0.974. Dapatan kajian ini
mendapati bahawa tahap penguasaan guru dalam kemahiran mendengar bertutur (M=3.72; S.P=0.54 ),
kemahiran membaca (M=3.99; S.P=0.43) dan kemahiran menulis (M=3.69; S.P=0.55). Dapatan hasil kajian
ini menunjukkan nilai purata min berada di tahap yang tinggi. Kesimpulannya, guru-guru Bahasa Melayu
sekolah rendah di daerah Hilir Perak telah menunjukkan tahap penguasaan KBAT yang positif dalam PdPc
seni bahasa.
Kata kunci: kemahiran berfikir aras tinggi; mendengar bertutur; membaca; menulis; seni bahasa
ABSTRACT
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 219 -

