Page 233 - Proceedings Collega2023
P. 233

Language  arts  is  a  knowledge  that  emphasizes  the  beauty  of  language  and  is  fun  because  it
               involves singing, storytelling, acting and poetry. This pilot study was conducted to review the level of
               mastery  of  Higher  Order  Thinking  Skills  (HOTS)  in  language  arts  learning  and  teaching  (PdPc)  among
               teachers in the Teluk Intan district, Perak. Mastery of this KBAT covers three teacher skills in listening
               speaking, reading and writing skills. A total of 68 Malay Language teachers in primary schools from national
               schools and vernacular schools were involved as a sample of the study through a simple random sample.
               This research instrument uses a questionnaire that uses a 5-point Likert scale. Statistical Package for Social
               Science  (SPSS)  version  27.0  to  analyze  the  data  to  obtain  descriptive  data  which  is  the  mean  value,
               standard deviation, frequency and percentage. The overall value of the Cronbach's Alpha coefficient of
               this questionnaire is 0.974. The findings of this study found that the level of mastery of teachers in listening
               skills  (M=3.72;  S.P=0.54),  reading  skills  (M=3.99;  S.P=0.43)  and  writing  skills  (M=3.69;  S.P=0.55).  The
               results of this study show that the average mean value is at a high level. In conclusion, primary school
               Malay teachers in the Lower Perak district have shown a positive level of mastery of KBAT in language arts
               PdPc.



               Keywords: high order thinking skills; listening speaking; reading; writing; language art

               Pengenalan

                       Pembelajaran abad ke-21 pada masa kini memerlukan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
               yang  kreatif,  kritis  dan  inovatif  dalam  kalangan  guru.  PdPc  tersebut  melibatkan  empat  perkara  yang
               menjadi tunjang dalam pembelajaran abad ke-21 iaitu kreativiti, kritis, kolaborasi dan komunikasi (Henry
               dan  Mahamod,  2021).  Guru  perlu  mengaplikasikan  pendekatan  konstruktivisme  yang  melibatkan
               pengetahuan sedia ada dalam kalangan murid agar memudahkan mereka menjana dan mengembangkan
               idea untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah selari pembelajaran abad ke-21. Menurut Sabinus, Siew
               dan  Habibie  (2023)  menjelaskan  bahawa  pendekatan  konstruktivisme  dapat  menggalakkan  murid
               bertindak secara aktif untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran sastera.
                       Pengelompokan aras pemikiran KBAT yang disemak semula oleh Anderson & Krathwohl (2001)
               daripada Taksonomi Bloom merangkumi pada empat aras teratas iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai
               dan mencipta (Rajendran Nagappan, 2002; Aziz dan Abd Rahman (2018). Pada masa yang sama iaitu
               semasa PdPc dilaksanakan, guru perlu bertindak untuk mengaitkan pengalaman yang dirasai oleh murid
               dalam kehidupan sebenar agar mereka dapat menaakul idea secara kritis dan kreatif. Bagi memastikan
               guru dapat melaksanakan KBAT, guru hendaklah mengenal pasti terlebih dahulu ciri-ciri item KBAT yang
               meliputi situasi sebenar dalam kehidupan, penggunaan item yang tidak berulang, penggunaan rangsangan
               yang  sesuai,  pemilihan  kata  tugas  dan  melibatkan  konteks  bukan  lazim  (Bahagian  Perkembangan
               Kurikulum, 2013).

                       Pelaksanaan pengajaran seni bahasa iaitu nyanyian, puisi dan bercerita merupakan aspek yang
               terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu sejak Kurikulum
               Standard  Sekolah  Rendah  (KSSR)  diperkenalkan  pada  tahun  2011  yang  lalu.  Perubahan  kurikulum  ini
               membawa  kepada  sebuah  disiplin  ilmu  yang  perlu  dikuasai  oleh  guru  terlebih  dahulu  sebelum



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 220 -
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238