Page 236 - Proceedings Collega2023
P. 236

b)  Menilai tahap pengimplementasian KBAT bagi aspek seni bahasa melalui kemahiran membaca
                       dalam  kalangan  guru  semasa  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  Bahasa  Melayu  di  sekolah
                       rendah.
                    c)  Menilai  tahap  pengimplementasian  KBAT  bagi  aspek  seni  bahasa  melalui  kemahiran  menulis
                       dalam  kalangan  guru  semasa  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  Bahasa  Melayu  di  sekolah
                       rendah.


               SOALAN KAJIAN

                    a)  Apakah tahap pengimplementasian KBAT bagi aspek seni bahasa  melalui kemahiran mendengar
                       dan bertutur dalam kalangan guru semasa pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu di
                       sekolah rendah?
                    b)  Apakah tahap pengimplementasian KBAT bagi aspek seni bahasa melalui kemahiran membaca
                       dalam  kalangan  guru  semasa  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  Bahasa  Melayu  di  sekolah
                       rendah?
                    c)  Apakah  tahap  pengimplementasian  KBAT  bagi  aspek  seni  bahasa  melalui  kemahiran  menulis
                       dalam  kalangan  guru  semasa  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  Bahasa  Melayu  di  sekolah
                       rendah?


               SOROTAN LITERATUR

                       Pengajaran ilmu seni bahasa ini melibatkan kompetensi guru yang meliputi aspek pengetahuan,
               kemahiran dan sikap. Berdasarkan kerangka konseptual kajian  yang dibentuk oleh Ahamad, Bakar dan
               Juhary  (2022),  menjelaskan  bahawa  ketiga-tiga  aspek  kompetensi  tersebut  menjadi  teras  dalam
               pelaksanaan KBAT bagi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) seni bahasa.  Aspek kemahiran tersebut
               mestilah melibatkan ketiga-tiga kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan
               menulis sebagai medium pelaksanaan KBAT dalam PdP seni bahasa.
                       Kajian  yang  dijalankan  oleh  penyelidik  ini  meliputi  empat  aras  tertinggi  KBAT  seperti  yang
               dinyatakan dalam Teori Taksanomi Bloom (1956) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
               Biarpun  kajian  lalu  membincangkan  pengajaran  sastera  melibatkan  tiga  kemahiran  bahasa  iaitu
               mendengar  bertutur,  membaca  dan  menulis  tetapi  pengimplemengtasian  secara  KBAT  belum  cukup
               mencapai aras yang tertinggi. Othman dan Lateh (2016) menjelaskan bahawa guru hanya menggunakan
               mahupun mengaplikasikan gaya sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, tujuan kajian yang
               dijalankan  oleh  penyelidik  dapat  merapatkan  jurang  kajian  lepas  dengan  memperlihatkan
               pengimplementasian  aspek  aras  KBAT  yang  lain  iaitu  menganalisis,  menilai  dan  mencipta  dalam
               pengajaran seni bahasa.

                       Kemahiran  lisan  dari  aspek  penyoalan  perlu  dikuasai  oleh  guru  dengan  sebaiknya.  Perkara  ini
               mendorong guru untuk menggalakkan kepelbagaian jenis penyoalan dalam kalangan murid. Sekiranya
               guru kurang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan sebaiknya, maka akan memberikan
               kesan yang negatif terhadap kemahiran lisan dalam kalangan murid. Perkara ini dibuktikan melalui kajian



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 223 -
   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241