Page 239 - Proceedings Collega2023
P. 239
Kesahan Kajian
Penyelidik telah melantik lima orang pakar untuk membuat pengesahan soal selidik yang
digunakan dalam kajian rintis ini. Tiga daripadanya merupakan pakar kandungan yang dilantik iaitu dua
orang daripada pensyarah universiti awam yang berkelulusan ijazah doktor falsafah dan seorang
daripadanya merupakan guru yang telah mengajar subjek Bahasa Melayu melebihi 15 tahun yang memiliki
kelulusan dalam ijazah sarjana Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah). Seterusnya, dua orang
daripadanya adalah sebagai pakar bahasa yang dilantik iaitu seorang daripadanya merupakan pegawai
School Improvement Specialist Coach + (SISC+) yang memiliki ijazah doktor falsafah dan seorang lagi
merupakan pensyarah di institut pendidikan guru yang memiliki kelulusan ijazah sarjana pendidikan.
Kajian Rintis
Sebelum kajian sebenar dilaksanakan, kajian rintis ini merupakan langkah permulaan kajian. Kajian
rintis ini dilaksanakan untuk membantu penyelidik mengenal pasti kelemahan item soal selidik. Pada masa
yang sama, kajian rintis ini juga membolehkan penyelidik mengukur kebolehpercayaan soal selidik ini. Bagi
mengukur nilai kebolehpercayaan kajian ini, penyelidik telah menggunakan pekali Apha Cronbach.
Analisis Data
Penyelidik menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 27 untuk
menganalisis data kajian. Penyelidik menggunakannya untuk menganalisis data deskriptif iaitu melibatkan
peratus, sisihan piawai dan nilai min. Bagi menentukan tahap pengimplementasian KBAT bagi ketiga-tiga
tahap kemahiran bahasa dalam kalangan responden, penyelidik menggunakan skor min dan interpretasian
pencapaian daripada Musa dan Samsudin (2021).
Jadual 1
Skor min dan interpretasi pencapaian
Skor Pencapaian Interpretasi
3.00 – 4.00 Tinggi Implementasi KBAT di tahap sangat
memuaskan
2.00 – 2.99 Sederhana Implementasi KBAT di tahap sederhana
memuaskan
1.00 – 1.99 Rendah Implementasi KBAT di tahap kurang
memuaskan
Sumber: Musa dan Samsudin (2021)
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 226 -

