Page 234 - Proceedings Collega2023
P. 234
diperturunkan kepada murid. Ilmu seni bahasa ini perlu disampaikan secara kreatif oleh guru melalui
kemahiran berbahasa yang meliputi kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis.
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran awal dalam sesuatu pemorolehan
bahasa kerana kemahiran mendengar berlaku di peringkat bayi, diikuti pula kemahiran bertutur, membaca
dan menulis setelah membesar (Asmah, 2004). Sekiranya, kemahiran mendengar dan bertutur tidak
dikuasai oleh guru dengan sebaiknya, maka menyebabkan murid-murid tidak dapat menjana idea untuk
diluahkan melalui pertuturan mereka secara spontan. Menurut Peng dan Othman (2008) menjelaskan
bahawa murid tidak berupaya untuk berfikir secara kreatif dan menjadi pendengar yang pasif kerana
interpersonal murid tersebut terjejas akibat tiadanya penekanan terhadap pengajaran kemahiran
mendengar dan bertutur oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu menggalakkan KBAT melalui
kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran seni bahasa kepada murid agar mereka berupaya
melafazkan puisi mengikut intonasi yang sesuai dan disampaikannya secara kreatif dalam pelbagai bentuk
puisi seperti pantun, syair, sajak serta mempersembahkan lakonan melalui pengaplikasian bahasa yang
sesuai (Ramlie, et al., 2020).
Seterusnya, kemahiran membaca merupakan kemahiran yang melibatkan proses penaakulan idea
daripada bahan rangsangan yang dilihat melalui lambang-lambang bahasa yang ditulis oleh penulis
(Ahmad dan Othman, 2020). Kemahiran membaca yang dilaksanakan oleh guru adalah melibatkan proses
menganalisis untuk memahaminya terlebih dahulu sebelum diajar kepada murid. Oleh itu, pengajaran
bahasa memerlukan kefahaman yang baik dalam kalangan guru bagi kemahiran membaca (Alias, Lubis dan
Mohamad, 2018). Perkara inilah yang menampakkan proses KBAT berlaku semasa aspek seni bahasa diajar
melalui kemahiran membaca. Impaknya, murid dapat menjana idea dan menyelesaikan masalah daripada
pemahaman secara mentalis yang baik dalam pembacaan bahan sastera (Geraman dan Wahid, 2019).
Akhir sekali, kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang terpenting selain daripada
kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca. Menurut Hassan dan Rahman (2021)
menjelaskan bahawa bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik, maka
guru juga perlu berusaha untuk mengajar kemahiran menulis dengan sebaiknya yang mampu merangsang
pemikiran murid. Oleh itu, penguasaan kemahiran menulis dalam pengajaran seni bahasa secara KBAT
sememangnya perlu dikuasai sepenuhnya oleh guru bagi menggalakkan pemikiran yang kritis dan kreatif
dalam kalangan murid. Hal ini kerana pengimplementasian KBAT dalam pengajaran seni bahasa secara
berkesan melalui kemahiran menulis adalah bermulanya dari penguasaan guru dalam kemahiran berfikir.
Menurut Hasan dan Mahamod (2016) menjelaskan bahawa jika tahap pengetahuan KBAT dalam kalangan
guru Bahasa Melayu adalah tinggi, maka guru dapat mengaplikasikannya dalam PdPc dengan lebih baik.
ISU KAJIAN
Biarpun negara kita sedang mengharungi pembelajaran abad ke-21, namun pemerkasaan amalan
KBAT dalam kalangan guru sewaktu pelaksanaan PdPc masih berada di tahap yang sederhana. Menurut
Yahya, Masdar dan Samat (2020) menjelaskan bahawa penguasaan murid melalui kemahiran berfikir
sewaktu pengajaran Bahasa Melayu yang dijalankan kepada pelajar adalah berada di tahap sederhana
kerana di dalam kelas, pelajar hanya memfokuskan pemberian idea yang bernas sahaja. Dapatan ini
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 221 -

