Page 240 - Proceedings Collega2023
P. 240
DAPATAN KAJIAN
Bahagian A : Maklumat demografi
Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan maklumat demografi berdasarkan kajian rintis yang dijalankan
oleh penyelidik terhadap seramai 68 orang guru sekolah rendah yang mengajar Bahasa Melayu di sekitar
kawasan daerah Hilir Perak, Perak. Sampel kajian telah diklasifikasikan mengikut jantina, bangsa, kelulusan
akademik, opsyen Bahasa Melayu, jenis sekolah, pengalaman mengajar dan tahap kelas yang diajar.
Jadual 2
Maklumat Demografi Sampel Kajian
Kategori Bilangan Peratus (%)
Jantina Lelaki 13 19.1
Perempuan 55 80.1
Bangsa Melayu 40 58.8
Cina 26 38.2
India 2 2.9
Kelulusan Akademik Sijil 3 4.4
Diploma 6 8.8
Ijazah Sarjana Muda 51 75.0
Ijazah Sarjana 8 11.8
Opsyen Bahasa Melayu Ya 33 48.5
Tidak 35 51.5
Jenis sekolah Sekolah Kebangsaan 35 51.5
Sekolah Jenis Kebangsaan 33 48.5
Pengalaman mengajar 1 hingga 8 tahun 17 25
9 hingga 16 tahun 16 23.5
17 hingga 22 tahun 19 27.9
23 hingga 25 tahun 4 5.9
26 ke atas 12 17.6
Tahap kelas yang diajar Tahap 1 34 50
Tahap 2 22 32.4
Dua-dua tahap 12 17.6
Berdasarkan Jadual di atas, dapatan kajian ini melalui analisis deskriptif telah menunjukkan
bahawa bilangan sampel kajian ini bagi jantina lelaki ialah seramai 13 orang guru lelaki (19.1%) manakala
guru perempuan ialah seramai 55 orang (80.1%). Dapatan kajian tersebut menunjukkan bilangan bangsa
yang terlibat dalam kajian ini iaitu Melayu seramai 40 orang (58.8%), bangsa Cina pula seramai 26 orang
guru (38.2%) dan bangsa India pula 2 orang (2.9%). Analisis juga mendapati kelulusan akademik dalam
kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu dalam kajian ini bagi tahap sijil perguruan ialah 3 orang
(4.4%), diploma 6 orang (8.8%), ijazah sarjana muda pula 51 orang (75%) dan ijazah sarjana pula 8 orang
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 227 -

