Page 229 - Proceedings Collega2023
P. 229

akan  memberi  kesan  dalam  mendapatkan  pelakon  yang  berkualiti  dan  mampu  menarik  perhatian
               penonton dalam fasa promosi, penyediaan keperluan sinografi seperti set pentas, pengurusan kostum dan
               tata rias, pencahayaan serta penataan bunyi. Tanpa nama-nama yang besar dan berprofil tinggi, produksi
               tersebut  akan  mempunyai  kengkangan  dalam  mendapatkan  tajaan  dari  mana-mana  pihak.  Namun,
               perkara ini bakal menjadi cabaran buat pihak produksi yang mempunyai kurang perhatian penonton dan
               seterusnya tidak berjaya meyakinkan pihak penaja untuk memberikan penajaan. Melalui cabaran-cabaran
               tersebut, penulisan ini akan membincangkan permasalahan kewangan dalam produksi teater berskala
               kecil, dengan menggunakan produksi Three Sixty Theatre dan Revolution Stage Studio sebagai fokus.

                      Kajian ini bertujuan untuk melihat cabaran pengurusan kewangan yang dihadapi oleh penerbitan
               teater berskala kecil dan untuk menggambarkan rangka kerja perancangan kewangan komprehensif yang
               disesuaikan dengan dinamik produksi teater alternatif yang unik. Menggunakan pendekatan kualitatif,
               metode kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kajian kes, dengan Theatrethreesixty dan Revolution
               Stage Studio bertindak sebagai entiti yang diberikan tumpuan khusus. Kaedah triangulasi iaitu temubual
               yang dijalankan terhadap penerbit, pemerhatian dan penganalisaan dokumen diberikan penekanan dalam
               mendapatkan data-data yang tepat.

               Perbincangan, Kesimpulan Dan Cadangan

                      Kekurangan  dan  kekangan  modal  menjadi  punca  permasalahan  utama  dalam  produksi  teater
               alternatif berskala kecil. Kemampuan produksi teater ini terutamanya yang baharu banyak terletak pada
               kekuatan sesebuah naskah dan garapan pengarah. Walhal kos untuk melaksanakan satu persembahan
               teater menelan kos yang amat tinggi lebih-lebih lagi dengan membawa masuk artis atau selebriti popular,
               pemasaran dan pengiklanan, dan elemen-elemen teaterikal yang lain.

                       Pemilihan  sesebuah  naskah  dalam  teater  alternatif  memainkan  peranan  penting  dalam
               menerapkan lebih elemen artistik dan teaterikal yang tidak melibtkan kos yang tinggi. Sesebuah naskah
               dalam teater berskala kecil haruslah lebih keterbukaan dan tidak terikat. Maka, sebagai pengarah dan
               produksi seharusnya  mampu  memurnikan  naskah  jikalau  sesebuah  naskah  tersebut  didapati  melebihi
               daripada kos perbelanjaan yang ditanggung.
                       Jumlah tenaga produksi sesebuah teater alternatif memperuntukkan kumpulan pelakon dan kru
               yang kecil. Terdapat juga teater berskala kecil menampilkan banyak watak yang tetapi memperuntukkan
               seorang pelakon memegang beberapa watak.

                       Menerusi model pengurusan kewangan produksi berskala kecil yang telah dibangunkan oleh Pisali
               dan Amat (2018), telah menyatakan salah satu elemen di dalam model tersebut adalah aktiviti. Di mana
               terdapat  beberapa  sub-elemen  yang  dikenalpasti  seperti  pemasaran,  produksi,  dan  logistik.  Perkaitan
               dapatan yang diperolehi dengan model pengurusan kewangan produksi berskala kecil ini adalah menerusi
               aktiviti yang dijalankan oleh produksi, ini termasuk jangka masa latihan.

                    Seterusnya,  elemen  yang  dikenalpasti  adalah  menggunakan  pelakon  popular  sebagai  pelakon  di
               dalam teater. Walaupun elemen ini didapati salah satu punca kepada kekangan modal yang dihadapi oleh
               teater berskala kecil, tetapi ia mampu memberi satu tarikan kepada penonton untuk menonton teater.
               Walaupun terdapat kengkangan dalam membayar kos pelakon popular, tetapi Mohamad Ramli (2014),


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 216 -
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234