Page 230 - Proceedings Collega2023
P. 230

menyatakan  penyelesaian  dalam  membayar  pelakon  popular  dapat  dikurang  oleh  sesebuah  produksi
               jikalau  pelakon  popular  menerima  tawaran  untuk  berlakon  atas  beberapa  persefahaman  lain  seperti
               hubungan baik, pembahagian keuntungan dan kekuatan naskah itu sendiri. Terdapat juga pelakon-pelakon
               yang mempunyai nama menjadikan teater alternatif sebagai tempat mereka mengasah bakat, berlatih,
               dan mencabar keupayaan lakonan mereka. Di dalam model pengurusan kewangan produksi berskala kecil
               turut ada menyatakan tawaran nilai kepada pelakon, di mana sebagai sesebuah produksi berskala kecil
               haruslah  bijak  dalam  membuat  tawaran  harga  kepada  barisan  pelakonnya  supaya  tidak  menghadapi
               kekangan dalam pembayaran gaji kemudian.

                         Jikalau dibandingkan dengan teater berskala besar dan kecil rata-rata pihak penaja lebih memilih
               kepada teater berskala besar dengan hasil pulangan yang akan diperolehi selepas persembahan adalah
               tinggi. Akan tetapi menerusi kajian lepas mendapati penampilan pelakon popular di dalam teater berskala
               kecil mampu menarik penaja dalam melabur untuk sesebuah produksi (Azizi, 2014).
                       Kajian yang telah dilakukan ini hanya bertumpu pada produksi Theatrethreesixty dan Revolution
               Stage.  Oleh  itu,  satu  kajian  yang  lebih  menyeluruh  mengenai  pengurusan  kewangan  dalam  kalangan
               produksi-produksi  teater  berskala  kecil  lain  atau  alternatif  perlu  dilaksanakan  bagi  mengetahui  realiti
               permasalahan pengurusan kewangan dan teknik pengurusan kewangan mereka.

               Penghargaan

                       Penyelidikkan ini meletakkan penghargaan kepada Malay Archipelago Glokal Wisdom (MAGIS)
               Research Initiative Group, College of Creative Arts, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor, Malaysia
               di mana kajian ini dijalankan. Penghargaan juga ditujukan kepada Penolong Naib Canselor, Kolej Pengajian
               Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA Profesor Dr. Shahanum Md. Shah di atas sokongan dan galakan
               yang diberikan.

               Rujukan

               Ari Welianto. (2020). Seni Teater: Pengertian, Sejarah, Unsur dan Jenisnya.
                      https://www.kompas.com/skola/read/2020/04/16/160000369/seni-teater--pengertian-sejarah-
                      unsur-dan-jenisnya?page=all
               Anwar Ridhwan. (2015). Cabaran Mementaskan Teater Serius. Retrieved from
                      https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/02/36495/cabaran-mementaskan-teater-serius
               Amsalib Pisali, & Asmiaty Amat. (2018). Inovasi Pemasaran Teater: Dua Lapisan
                      Kanvas Model Perniagaan (DLKMP) Oleh Produksi Teater Berskala Kecil Pelajar IPTA Di Sabah. 3rd
                      International Music and Performing Arts Conference Proceedings (13-15 November 2018). ISBN
                      978-983-2084-43-
               Abdul Walid. (2016). Cabaran Penggiat Teater Baharu di Malaysia. Sastera Teras Negara
                      Bangsa. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.
               Anthony Tuckett. (2004). Qualitative Research Sampling: The Very Real Complexities.
                      Nurse Researcher 12:47–61
               Ct, Vee. (2020). Cabaran-cabaran Dalam Pengurusan Seni. Retrieved from
                      https://www.academia.edu/43840740/CABARAN_CABARAN_DALAM_PENGURUSAN_SENI



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 217 -
   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235