Page 228 - Proceedings Collega2023
P. 228

Sebuah ruang kecil berbentuk ‘kotak hitam’ (black box) telah dibuka di Dewan Bahasa dan
               Pustaka (DBP), Kuala Lumpur yang diberi nama Stor Teater DBP pada tahun 2003. Ruang ini menjadi
               pelopor dan berfungsi secara tidak langsung sebagai alternatif kepada penggiat-penggiat teater
               kontemporari di Kuala Lumpur khususnya untuk mementaskan karya-karya mereka dalam skala yang
               kecil. Ciri-ciri kesederhanaan dari segala aspek termasuk kapasiti penonton dan fasiliti pentas serba
               kekurangan yang terdapat di Stor Teater DBP menjadi dorongan utama kepada penggiat-penggiat teater
               muda dan baharu terutamanya untuk menjadikan ruang ini sebagai langkah awal kepada mereka untuk
               memperkenalkan karya-karya mereka kepada umum. Ini sekaligus telah mencipta satu ‘fenomena’ dalam
               komuniti kecil teater di Malaysia apabila ruang ini mula menjadi tumpuan pementasan-pementasan
               teater berskala kecil dan mula mencipta khalayaknya yang tersendiri.

                       Kelompok penggiat teater alternatif khususnya di Stor Teater DBP telah dengan sendirinya
               mencipta satu identiti kelompok dalam sebuah kelas sosial di kalangan pengamal seni persembahan di
               Malaysia. Identiti sosial mencerminkan cara individu dan kumpulan masyarakat berfikir dalam sebarang
               aktiviti kehidupan seperti berseni, berbudaya, beragama dan bermasyarakat. Ia dalam masa yang sama
               secara sedar atau tidak mencipta ideologi yang dikongsikan dalam bentuk yang boleh dipertontonkan
               seperti persembahan teater dan bahan bacaan kreatif atau bukan kreatif. Idea kepada konsep ‘kelainan’
               (mencari alternatif lain) ini membentuk pemahaman umum tentang siapa kita dari sudut pandang kita
               sendiri, bagaimana kita mahu dilihat oleh orang lain, dan dalam kumpulan mana kita berada. Menurut
               Goodman (2004) mendefinisikan teater arus perdana yang komersial adalah merujuk kepada, “teater
               dalam skala yang besar, dibiayai dengan modal yang besar dan dipersembahkan dipanggung yang
               mempunyai kapasiti tempat duduk yang banyak seperti di Shaftesbury Aveneu di London, teater
               Boulevard di Perancis, New York’s Broadway dan juga beberapa panggung utama Off-Broadway” (p.17).
               Tambah beliau lagi, istilah seperti fringe, alternatif dan mainstream (arus perdana) boleh dirujuk
               mengikut perspektif yang berbeza.

               Isu pengurusan kewangan produksi teater alternatif
                      Pengurusan kewangan adalah faktor penting dalam mencapai kejayaan sesebuah produksi, dan
               dengan sistem pengurusan kewangan yang tersusun, dana yang dikumpulkan akan menghasilkan karya
               berkualiti. Walaupun begitu, hal mengenai pengurusan kewangan mungkin tidak begitu membimbangkan
               bagi produksi berskala besar yang mudah untuk mendapatkan dana kerana nama produksi mereka sudah
               dikenali oleh pelbagai pihak, berbeza dengan produksi teater berskala kecil yang mempunyai keupayaan
               terhad dengan reputasi produksi yang tidak begitu dikenali ramai. Kewujudan teater skala kecil ini adalah
               disebabkan rata-rata penggiat teater muda dan kecil ini kurang dari segi pengalaman disebabkan faktor
               usia yang masih muda.



                      Produksi teater alternatif atau juga teater berskala kecil  merupakan sebuah produksi berskala kecil
               dan kebiasaannya diuruskan oleh penggiat seni muda dan baharu. Sebilangan besar mereka terdiri dari
               graduan-graduan  universiti  yang  mempunyai  semangat  berkarya  dalam  kapasiti  yang  lebih  bebas  dan
               terbuka dalam pengkaryaan. Namun, mereka sering menghadapi masalah dan cabaran dalam mencari
               peluang untuk berkarya kerana kekurangan dana untuk produksi mereka. Permasalahan kekurangan dana


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 215 -
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233