Page 167 - Proceedings Collega2023
P. 167
KEPENTINGAN TANAH SAKA ORANG ASLI SUKU KAUM TEMIAR DI
GUA MUSANG KELANTAN
1
1
1
Hairulnizam bin Mohd Khori , Mohamad Hafis bin Amat Simin* , Mohamad Asmawi bin Ibrahim dan
Abdullah bin Ibrahim 2
hairulnizambinmohdkhori@gmail.com, mohamadhafis@unisza.edu.my, asmawiibrahim@unisza.edu.my,
abdullahibrahim@unisza.edu.my
1 Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin
2 Fakulti Pengajian Umum Dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Sultan Zainal Abidin
Abstrak
Tanah saka bagi suku kaum Temiar merupakan aset tinggalan tradisi turun temurun kepada
generasi baru untuk dijadikan petempatan dan ladang bagi tujuan memenuhi keperluan hidup. Secara
tradisinya, istilah tanah saka sememangnya telah wujud dalam masyarakat Temiar melalui aktiviti tradisi
mereka iaitu dengan mewujudkan petempatan, kawasan pertanian dan kawasan rayau untuk
mendapatkan sumber makanan, peralatan dan sumber pendapatan. Namun begitu, suku kaum Temiar
berhadapan dengan masalah pengiktirafan kepada tanah saka dan banyak cabaran yang perlu dihadapi
untuk diwartakan atau diiktiraf sebagai tanah rizab atau hak milik suku kaum Temiar. Objektif: Berdasarkan
permasalahan tersebut, pengkaji berusaha mengenalpasti kepentingan tanah saka kepada suku kaum
Temiar. Metod: Kaedah kualitatif dengan pendekatan etnografi melalui kerja lapangan telah berjaya
dilaksanakan di 14 Pos suku kaum Temiar di Gua Musang Kelantan. Teknik temubual, pemerhatian ikut
serta dan kajian dokumen turut digunakan untuk mendapatkan data primer dan data sekunder. Data yang
telah berjaya dikumpul akan dianalisis dengan perisian NVivo 12 dengan melalui beberapa proses iaitu
transkripsi, organisasi data, pelaziman, tema, koding, trangulasi dan laporan. Dapatan: Hasil daripada
kajian ini menunjukkan tanah saka merupakan harta yang penting dan terdapat beberapa bukti yang
menunjukkan tanah saka ini sangat penting kepada kehidupan suku kaum Temiar. Hasil kajian
menunjukkan kepentingan tanah saka meliputi elemen kelestarian petempatan, kelestarian sosioekonomi,
kelestarian hak milik, kelestarian kepada generasi baru. Kesimpulan: Berdasarkan hasil kajian yang
diperolehi, tanah saka suku kaum Temiar yang sedia ada sekarang ini perlu diberi pewartaan rizab dengan
segera supaya harta tinggalan tradisi mereka dapat dilindungi. Demi memastikan usaha pewartaan tanah
saka ini, semua pihak dari pihak pelaksana dan Orang Asli hendaklah bekerjasama dan saling bertoleransi
bagi mencari titik penyelesaian yang seimbang. Dengan adanya usaha yang sedemikian permasalahan ini
dapat diselesaikan. Diharap hasil kajian ini dapat dijadikan panduan khususnya kepada pemegang taruh
dan Orang Asli.
Kata Kunci:, Kepentingan, tanah saka, Temiar
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 154 -

