Page 1066 - Proceedings Collega2023
P. 1066

Rajah 1
               Penggunaan Pondok Kecil di Tapak Pertanian Bandar sebagai Ruang Sosial Komuniti













                 a) Peserta pertanian bandar di   b) Peserta pertanian bandar   c) Jamuan makan tengah hari
                     PSB berkumpul dan        memberi penerangan tentang     di tapak pertanian menjadi
                   bersarapan pagi setelah     lot tanaman kepada staf JMB   aktiviti bulanan wajib yang
                   selesai melakukan aktiviti      dan pelawat di PUI          dilaksanakan di RPAU2
                          pertanian

                       Kemeriahan  aktiviti  sosial  ini  mempamerkan  budaya  dan  suasana  perkampungan  yang  sukar
               untuk dijumpai di kawasan bandar. Lebih-lebih lagi, pondok kecil ini bukan hanya tertumpu kepada aktiviti
               pertanian,  malah  dilengkapi  dengan  aktiviti  kerohanian  berskala  kecil  seperti  bacaan  Surah  Yasin.
               Keupayaan  dalam  penyatuan  komuniti  ini  dipersetujui  dan  diceritakan  oleh  Informan  12, suri  rumah
               tangga yang sering menghabiskan masa terluang dengan aktiviti pertanian:

                       “Kat sini pun petang-petang jadi tempat sembang. Bila dah siap berkebun kami borak-borak la
                       dulu, pukul 7 balik la. Sebelum kebun ada, sembang pun dengan jiran je lah. Sekarang ni, ada
                       tempat nak duduk minum-minum, sembang-sembang. Ramai kawan kat kebun. Bila ada tempat
                       ni boleh berkenal-kenal dengan kawan baru. Sebelum join ni, tak ada la kenal semua orang dekat
                       sini yang satu kawasan ni.”


                       Pada waktu yang sama, suasana kedesaan yang dapat diwujudkan di tapak pertanian bandar
               mampu menarik kehadiran pelbagai golongan pelawat. Sebagai contoh, Informan 15 berkali-kali memberi
               penekanan bahawa tapak pertanian bandar di RPAU2 bukan hanya menjadi tumpuan peserta pertanian
               bandar dan komuniti perumahan, malah kerap dilawati oleh komuniti luar perumahan. Ukhuwah antara
               peserta pertanian bandar dan pelawat dipamerkan menerusi juadah tradisi yang dihidangkan, setiap kali
               program berbentuk pertanian dianjurkan di tapak pertanian tersebut. Perasaan gembira hasil daripada
               aktiviti pertanian diceritakan oleh Informan 15 yang turut merupakan suri rumah tangga sepenuh masa:

                       “Dekat sini memang kami kenal je penduduk sini. Tapi bila ada kebun ni kami lagi seronok la.
                       Sebab sini pun dikira sebagai riadah juga kan…buat kerja petang-petang, seronok kan. Kat sini
                       memang seronok. Dekat dengan rumah. Sapa-sapa yang datang sini, mesti cakap nak datang lagi.
                       Memang seronok la datang sini. Memang seronok. Sebab walau sekecil mana pun event kami,
                       memang ada makanan tengah hari. Makan tengah hari tu, lauk kampung lah. Makan ramai-ramai.
                       Memang seronok lah.”

                       Lebih menarik, juadah yang dihidangkan merupakan hasil tangan peserta pertanian bandar yang
               sama-sama  bergotong-royong  untuk  menyediakan  juadah  tradisi  tersebut.  Misalnya,  pemerhatian  di


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1053
   1061   1062   1063   1064   1065   1066   1067   1068   1069   1070   1071