Page 1070 - Proceedings Collega2023
P. 1070

menyebabkan tanaman mati dan sebagainya, jadi lagi give up. Tapi kalau dia bermula dengan
                       konvensional, dah mahir, maka kami upgrade kepada kaedah fertigasi. Mungkin lepas ni kaedah
                       hidroponik, aeroponik dan sebagainya. Jadi, perkara penting ialah pengetahuan asas tanaman
                       macam mana nak tumbuh, perlukan apa untuk hidup. Dan akhirnya nanti kebun tu boleh terus
                       sustain.”

                       Sementara  itu,  pengetahuan  dan  kemahiran  dalam pembinaan  elemen landskap  kejur  dalam
               kalangan peserta pertanian bandar jelas terpancar di RPAU2 dan PUI (Rajah 3). Misalnya, struktur tempat
               duduk yang dibina secara individu oleh salah seorang peserta pertanian bandar di RPAU2 menjadi ruang
               rehat selepas aktiviti pertanian. Manakala, laluan pejalan kaki dan gazebo dibina secara gotong-royong
               diketuai oleh peserta pertanian bandar yang mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan. Kolam
               hiasan air terjun di PUI hasil reka bentuk pasangan  suami isteri ini pula, menjadi tumpuan komuniti
               perumahan kerana hanya terdapat satu elemen landskap kejur yang dibina di tapak pertanian tersebut.

               Rajah 3
               Pembinaan Elemen Landskap Kejur oleh Peserta Pertanian Bandar













                              a) Struktur tempat duduk, laluan pejalan kaki dan gazebo di RPAU2















                                             b) Kolam hiasan air terjun di PUI



                       Ekoran daripada itu, gabungan antara aspek pertanian dan landskap mampu mewujudkan kualiti
               visual tapak pertanian bandar yang lebih seimbang. Berdasarkan pemerhatian, landskap lembut yang
               diteroka tertumpu kepada tanaman sayur-sayuran dan herba yang disesuaikan sebagai tanaman bagi
               tujuan makanan dan hiasan. Sementara itu, landskap kejur dibina bagi menyokong struktur pertumbuhan
               landskap lembut. Informan 12 menjelaskan bahawa laluan berbumbung diolah sebagai pergola sokongan
               kepada tanaman menjalar di tapak pertanian RPAU2:





               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1057
   1065   1066   1067   1068   1069   1070   1071   1072   1073   1074   1075