Page 1069 - Proceedings Collega2023
P. 1069

mental  juga  mempengaruhi  ketahanan  peserta  pertanian  bandar  untuk  terus  melaksanakan  aktiviti
               pertanian (Othman et al., 2019; Yoshida & Yagi, 2021). Lebih penting lagi, pemilihan jenis tanaman yang
               berbentuk  tanaman  herba  aromatik  bertindak  sebagai  tanaman  terapi  kepada  komuniti  bandar
               (Krzeptowska-Moszkowicz et al., 2022). Oleh itu, pelaksanaan pertanian bandar di kawasan perumahan
               berstrata  kos  rendah,  dapat  memberi  ketenangan  kepada  komuniti  bandar  yang  sering  berhadapan
               dengan  masalah  tekanan  berterusan  dari  aspek  kehijauan.  Maka,  situasi  ini  jelas  mengetengahkan
               kepentingan ciri kearifan tempatan dalam pertanian bandar agar pelaksanaannya bertepatan dengan
               keperluan dan kehendak komuniti bandar.


               Kearifan Tempatan Sepanjang Hayat bagi Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran dalam Pertanian
               dan Landskap

                       Keupayaan dalam mengindahkan kawasan perumahan melalui aktiviti pertanian bandar didorong
               oleh  pengetahuan  dan  kemahiran  yang  diperoleh  daripada  kursus-kursus  pertanian  anjuran  Jabatan
               Pertanian. Komitmen peserta pertanian bandar untuk menghadiri kursus, sama ada secara khusus dalam
               pertanian mahupun landskap berupaya membantu dalam pembentukan peserta pertanian bandar yang
               kreatif dan inovatif. Kenyataan ini dipersetujui oleh Informan 04:

                       “Terbuka la bila pergi kursus. Sebelum ni macam tak terfikir sampai macam tu kan. Bila buat
                       pertanian ni kena kreatif la sikit. Cara kerja bertani dah tak macam dulu nak kena mencangkul
                       pagi petang. Sekarang ada banyak cara. Boleh guna cawan kertas, tebuk lubang, letak kapas. Guna
                       lapik  telur  pun  boleh.  Tak  keluar  modal  la.  Guna  apa  yang  ada.  Kena  kreatif  la.  Bertambah
                       semangat bila pergi kursus.”

                       Ilmu  pertanian  dan  kemahiran  yang  diperoleh  tidak  tertumpu  kepada  asas  tanaman  sahaja,
               sebaliknya merangkumi pendedahan kepada penghasilan baja dan racun serangga organik. Informan 12
               dengan  jelas  mencuba  pelbagai  resepi  pembuatan  racun  organik  sebagai  kawalan  serangga  setelah
               menghadiri kursus pertanian:

                       “Bila dah pergi kursus tu makin banyak la ilmu yang kami ada. Contohnya macam mana nak bunuh
                       serangga…sebabnya  bila  sembur  tu  kadang-kadang  ada  yang  berjaya,  ada  yang  tak  berjaya.
                       Macam bena tu, boleh pakai cuka kayu.”

                       Pada  waktu  yang  sama  berdasarkan  pemerhatian,  peserta  pertanian  bandar  di  PSB  turut
               didedahkan kepada kaedah moden iaitu tanaman cili secara fertigasi dalam Program Laman Hijau Strata
               2.0, setelah berjaya melaksanakan kaedah konvensional dalam Program Laman Hijau 1.0. Kemahiran
               dalam pelaksanaan pelbagai kaedah moden yang lain seperti hidroponik dan pertanian menegak dapat
               menghasilkan tanaman dalam kuantiti yang banyak di ruang yang kecil sebagaimana yang diulas dalam
               Webinar 02. Maka, peningkatan pengetahuan dan kemahiran ini menjadi indikator kepada ketahanan
               komuniti untuk terus melaksanakan pertanian bandar seperti yang disuarakan oleh Informan D:

                       “Secara umumnya ada dua konsep pertanian bandar. Sebenarnya konsep pertanian bandar secara
                       konservatif nampak lebih bertahan daripada kaedah moden. Yang amalkan secara konservatif ni,
                       mereka  boleh  bertahan  lama.  Salah  satu  sebab  ialah  ilmu  berkenaan  kaedah  tersebut  yang
                       biasanya mereka dah expert ataupun dah faham. Kebun komuniti yang mampu sustain lama ialah
                       kebun komuniti yang buat secara konvensional. Kalau kami bagi terus kepada kaedah moden,
                       fertigasi ni…kemungkinan ada elemen-elemen teknikal yang mereka tak berapa nak faham. So



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1056
   1064   1065   1066   1067   1068   1069   1070   1071   1072   1073   1074