Page 1061 - Proceedings Collega2023
P. 1061

ALIH FUNGSI TRADISI PERTANIAN BANDAR

               SEBAGAI WADAH KESEJAHTERAAN KOMUNITI



                                                                         1
                                                  Anizah MOHD SALLEH*
                                                     Nor Zalina HARUN  2
                                                   Sharina ABDUL HALIM   3
                                        1  Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia
                                      2,3  Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia
                                                  1 anizah.ms@ftv.upsi.edu.my
                                                    2 nzalina@ukm.edu.my
                                                 3
                                                  sharinahalim@ukm.edu.my



                                                          ABSTRAK
                       Pelaksanaan  pertanian  bandar  dalam  kalangan  komuniti  perumahan  adalah  bagi  memenuhi
               keperluan asas individu dari aspek sumber makanan. Pelaksanaannya turut dapat membantu peningkatan
               taraf kehidupan yang seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan hidup. Ia dapat dicapai dalam jangka
               masa panjang melalui penekanan terhadap pembangunan komuniti. Maka, kajian ini bermatlamat untuk
               meneroka keupayaan pertanian bandar sebagai wadah kesejahteraan komuniti selain bertindak dalam
               pembekalan sumber makanan tempatan. Kajian ini dilaksanakan dalam bentuk penyelidikan kualitatif
               melalui pendekatan fenomenologi. Seramai 25 informan dipilih bagi tujuan temu bual separa berstruktur
               yang terdiri daripada tiga kategori iaitu peserta pertanian bandar, pemimpin perumahan, dan pegawai
               pembangunan  pertanian  bandar.  Temu  bual  ini  turut  disokong  oleh  pemerhatian  terhadap  aktiviti
               pertanian bandar oleh komuniti perumahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan pertanian
               bandar dalam kalangan komuniti perumahan dipengaruhi oleh keupayaan dari aspek penggunaan sistem
               yang merujuk kepada faktor kepuasan bagi kesejahteraan komuniti. Ia dijelaskan kepada tiga tema iaitu (i)
               pembentukan ukhuwah kejiranan dan budaya kedesaan, (ii) peningkatan kualiti kesihatan fizikal, mental
               dan spiritual, dan (iii) peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam pertanian dan landskap. Sebagai
               kesan, pertanian bandar yang berfokus kepada pembangunan komuniti secara tidak langsung meliputi
               proses peningkatan daya tahan komuniti yang bertindak dalam memelihara kearifan tempatan khususnya
               kelangsungan tradisi pertanian di kawasan bandar.


               Kata kunci: daya tahan komuniti; kesejahteraan hidup; pembangunan komuniti; pertanian bandar; sumber
               makanan tempatan












               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1048
   1056   1057   1058   1059   1060   1061   1062   1063   1064   1065   1066