Page 1065 - Proceedings Collega2023
P. 1065

kekurangan  dan  memperkuat  data  bagi  setiap  kaedah  pengumpulan  data.  Ia  berperanan  dalam
               meningkatkan kefahaman melalui penelitian terhadap data yang diperoleh.


               Dapatan Kajian dan Perbincangan
                       Penerokaan  terhadap  keupayaan  pertanian  bandar  sebagai  wadah  kesejahteraan  komuniti
               perumahan di kawasan bandar dipengaruhi oleh keupayaan dari aspek penggunaan sistem. Penggunaan
               sistem dari sudut pandang pertanian bandar merujuk kepada faktor kepuasan yang berkait rapat dengan
               kearifan tempatan komuniti bandar, khususnya kelangsungan tradisi pertanian yang berupaya mewujud
               kesejahteraan komuniti. Keupayaan penggunaan sistem ini dapat dijelaskan kepada tiga tema iaitu (i)
               pembentukan ukhuwah kejiranan dan budaya kedesaan, (ii) peningkatan kualiti kesihatan fizikal, mental
               dan spiritual, dan (iii) peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam pertanian dan landskap.



               Kearifan Tempatan Luaran bagi Pembentukan Ukhuwah Kejiranan dan Budaya Kedesaan
                       Pelaksanaan  pertanian  bandar  sebagai  satu  sistem  di  kawasan  perumahan  dapat  memberi
               manfaat  sosial  kepada  peserta  pertanian  bandar  dan  komuniti  perumahan.  Penglibatan  aktif  dan
               kerjasama  erat  antara  peserta  pertanian  bandar  dapat  membentuk  ukhuwah  kejiranan  dan  budaya
               kedesaan sebagaimana yang diamalkan oleh komuniti luar bandar. Misalnya, peserta pertanian bandar di
               PSB turut berkongsi resepi masakan sebagaimana yang sering diamalkan oleh komuniti di desa. Amalan
               ini dikongsikan oleh Informan 06:


                       “Bila dah ada banyak sayur ni, ada juga la share resepi…ada la 1 atau 2. Sebab ada yang tanya
                       macam mana nak buat kerabu, masak itu, masak ini. Ada juga yang bagi tips cara makan cili tu.
                       Ada yang suka macam tu je, picit aje…isinya lembut. Buat makan budu ke apa…picit je cili.”

                       Seterusnya berdasarkan pemerhatian, tapak pertanian bandar yang dilengkapi dengan elemen
               landskap kejur iaitu pondok kecil menjadi ruang berkumpul peserta pertanian bandar setelah melakukan
               aktiviti pertanian. Ia merupakan ruang santai yang digunakan untuk pelbagai aktiviti sosial sama ada
               secara harian atau bulanan. Situasi ini secara langsung berupaya mewujudkan penyatuan komuniti antara
               peserta pertanian bandar (Rajah 1).
























               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1052
   1060   1061   1062   1063   1064   1065   1066   1067   1068   1069   1070