Page 1058 - Proceedings Collega2023
P. 1058

Kedua-dua  contoh  di  atas  jelas  mengungkapkan  konsep  keikhlasan  melalui  perkataan  ikhlas.
               Walau bagaimanapun, konsep keikhlasan yang dinyatakan dalam kedua-dua puisi ini merujuk kepada
               perkara yang berbeza. Contoh 1 menunjukkan bahawa konsep ikhlas tidak digambarkan melalui air mata,
               tetapi keikhlasan terpancar melalui senyuman. Konsep ini yang memperlihatkan kearifan Ain Batrisyia
               Shakura dalam memberikan konsep ikhlas. Dalam contoh 1, pemuisi tersebut berhadapan dengan pelbagai
               masalah atau musibah. Perkataan seperti air mata dan terluka menunjukkan bahawa pemuisi berhadapan
               penderitaan  yang  sangat  berat.  Keikhlasan  yang  ditunjukkan  oleh  pemuisi  ialah  beliau  melepaskan
               keinginannya demi mendapatkan redha Allah SWT. Walaupun berhadapan dengan kesedihan, pemuisi
               mengungkapkan perkataan ikhlas, iaitu melepaskan keinginannya tanpa dipaksa oleh sesiapa. Keadaan ini
               diperkukuhkan lagi apabila pemuisi mengungkapkan perkataan senyuman. Pemuisi menunjukkan bahawa
               beliau redha dengan apa yang ditakdirkan kepadanya walaupun berbeza dengan keinginannya.

                       Contoh 2 pula menunjukkan konsep keikhlasan cinta seorang isteri kepada suaminya. Konsep cinta
               yang ikhlas seorang isteri kepada suami yang diterapkan dalam puisi merupakan satu unsur kearifan. Hal
               ini kerana pemuisi berupaya menyampaikan mesej kepada pembaca bahawa melahirkan cahaya mata
               melambangkan  keikhlasan  isteri.  Melahirkan  seorang  cahaya  mata  merupakan  antara  pengorbanan
               terbesar seorang ibu kerana ibu-ibu berhadapan dengan kepedihan dan kematian. Penggunaan perkataan
               kesakitan  dan  nyawa  menjadi  taruhan  melambangkan  pengorbanan  isteri  melahirkan  cahaya  mata
               walaupun berhadapan dengan risiko kehilangan nyawa. Keikhlasan cinta seorang isteri kepada suaminya
               diperkukuhkan  melalui  pengulangan  perkataan  cinta sebanyak  tiga  kali  dalam  rangkap  tersebut.  Nilai
               keikhlasan  cinta  seorang  isteri  kepada  suaminya  tidak  hanya  terlihat  melalui  seri  wajah,  tetapi  lahir
               daripada hati yang hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Redha suami juga diperlukan bagi
               mendapatkan keredhaan Allah SWT melalui sifat taat, melayani permintaan suami dan menjaga lisan serta
               perkataan.



               Kekaguman Ciptaan Allah SWT
                       Allah menciptakan alam ini dengan cukup sempurna dan indah. Mengagumi segala ciptaan Allah
               SWT  dapat  meningkatkan  keimanan  dan  ketakwaan  seseorang.  Penerapan  sikap  kagum  terhadap
               keindahan ciptaan Allah merupakan lambang kearifan pemuisi remaja kerana nilai ini membawa keinsafan.
               Segala kesempurnaan dan keindahan alam persekitaran merupakan bukti kewujudan Allah SWT. Analisis
               mendapati  Fatin  Nadhirah  Mohd  Fadli    telah  menerapkan  sikap  mengagumi  ciptaan  Allah  ke  dalam
               puisinya yang bertajuk Ada Apa Dengan Jaulah. Petikan puisi adalah seperti berikut:


                    1.  Mengagumi indahnya ciptaan Tuhan (September 2023)


                       Pengalaman  merantau  ke  negara  lain  memberi  pengalaman  kepada  pemuisi  untuk
               mengungkapkan rasa kekaguman kepada ciptaan Allah SWT. Jika dilihat daripada alamat yang tertera di
               bawah nama pemuisi, beliau merupakan seorang mahasiswa daripada Universiti of Nottingham, United
               Kingdom.  Pengalaman  merantau  ke  negara  luar  memberikan  pelbagai  pengetahuan  baharu,  peluang
               beradaptasi  dengan  lingkungan  sosial  yang  sangat  berbeza  dengan  negara  sendiri.  Pemuisi
               mengungkapkan frasa mengagumi indahnya ciptaan Tuhan menunjukkan bahawa beliau menyaksikan
               keindahan alam ciptaan Allah, sama ada flora, fauna, alam sekitar dan musim yang berbeza daripada

               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1045
   1053   1054   1055   1056   1057   1058   1059   1060   1061   1062   1063