Page 1059 - Proceedings Collega2023
P. 1059

negara asalnya. Situasi ini diperkukuhkan lagi dengan bait puisi Meneliti gahnya binaan. Binaan-binaan
               seperti  bangunan  dan  monumen  bersejarah  di  negara  lain  menunjukkan  bahawa  konsep  akal  yang
               dikurniakan  oleh  Allah  kepada  manusia  sehingga  dapat  memikirkan  sesuatu  di  luar  jangkaan,  iaitu
               membina bangunan yang kukuh di atas muka bumi Tuhan. Segala yang disaksikan dan dialami sepanjang
               pengembaraannya ke negara lain membuktikan kekuasaan Allah SWT sebagai Pencipta semua makhluk.
               Perasaan kagum terhadap ciptaan Allah menguatkan iman dan ketakwaan kepada Allah.



               Penutup

                       Secara umumnya, kajian ini memperlihatkan kearifan dalam puisi hasil nukilan remaja, iaitu pelajar
               dan mahasiswa. Kearifan dalam kajian ini merujuk kepada nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam puisi.
               Analisis  kajian  telah  menjawab  persoalan  bahawa  golongan  remaja,  (yang  berusia  muda)  berupaya
               menghasilkan  kearifan  melalui  puisi.  Dua  belas  nilai  Islam  yang  diterapkan  dalam  puisi  merupakan
               manifestasi kearifan golongan remaja. Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa usia muda turut mempunyai
               kearifan setara dengan karya orang dewasa. Kajian lanjut terhadap kearifan dalam kalangan remaja perlu
               dilakukan bagi mengangkat nilai kematangan remaja, khususnya kearifan pemikiran yang dipancarkan
               melalui penulisan karya kreatif.


               Rujukan

              Abd Rahman, R., Zaini, A.R., & Lyndon, N. (2018). Kearifan lokal masyarakat Melayu Muslim Langkawi dalam
                       pelancongan  membantu  pelestarian  pembangunan  masyarakat.  ISLÓMIYYÓT,  40(2),  115-122
                       https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2018-4002-03.
              Kamus Dewan. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka.

              Muhammad Ikhlas Rosele & Abdul Karim Ali. (2019). Konsep kearifan tempatan menurut perspektif hukum
                       Islam. Jurnal Fiqh, 16(1) 1-24

              Narmi, A. M. Z., Kamarudin, K. Hajimamin @ Toklubok, P. (2023). Pengaruh pemikiran al-Dihlawi mengenai
                       taklif dalam kitab Hujjat Allah Al-Balighah terhadap pemikiran sastera Islam Mohd. Affandi Hassan
                       dalam gagasan persuratan baru. Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 25(1), 199-230.

              Noor Hissham, M. K. H., Ramli, M. A., Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar, S. M. J. (2019). Unsur kearifan tempatan
                       dalam seni persembahan Melayu-Islam: Analisis dari perspektif hukum Islam. Jurnal Fiqh, 16(2),
                       321-352.

              Shahul Hamid, M. N., Yaapar, M. S., & A. Hamid, R. (2017). Kearifan Melayu dalam Syair Dang Sirat. In. N. S.
                       Suratman (Ed.), Akal Budi dalam sastera rakyat naratif dan bukan naratif (pp.26-43). Penerbit
                       Universiti Sains Malaysia.

              Tuah, D. (2022). Sastera rakyat daripada perspektif kearifan tempatan dan potensinya kepada pelancongan
                       budaya di Sarawak. Akademika, 92(2), 153-168.






               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1046
   1054   1055   1056   1057   1058   1059   1060   1061   1062   1063   1064