Page 942 - Proceedings Collega2023
P. 942

dijadikan sebagai tempat mesyuarat atau perhimpunan penduduk kampung. Tahun 1985 akhirnya rumah
               ini diambil alih oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia dan pada tahun 2009 Kota Ngah Ibrahim telah
               diwartakan sebagai Bangunan Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

                       Koleksi  muzium  ini  terdiri  daripada  semua  jenis  artifak  berhubung  kait  dengan  kronologi
               penubuhan muzium ini sendiri. Lantaran itu, pameran yang diperagakan di muzium ini merupakan artifak
               yang  berhubungkait  dengan  kronologi  penubuhan  bangunan  dan  penggunaan  bangunan  itu  sendiri
               bermula daripada Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan
               Melayu Matang dan Sekolah Melayu. Waktu operasi bagi Muzium Kota Ngah Ibrahim adalah dibuka setiap
               hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali pada hari Isnin pertama setiap bulan dan ditutup
               pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha. Bayaran masuk bagi muzium ini
               adalah percuma kepada orang ramai.

                       Dari segi kemudahan pengangkutan di muzium ini, pelawat juga boleh berkunjung ke Muzium
               Matang yang terletak di daerah Taiping. Taiping merupakan daerah yang terletak di antara bandar Ipoh
               dan Butterworth. Daerah Taiping juga berhubung hingga ke pekan Selama dan daerah Krian di Perak.
               Pelbagai  kemudahan  pengangkutan  awam  yang  ada  untuk  akses  pengunjung  ke  Muzium  Kota  Ngah
               Ibrahim seperti, teksi, bas ekspres dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang pantas ke Ipoh dan ke Kuala
               Lumpur. Pelawat dari luar bandar Taiping juga dapat berkunjung ke Muzium Matang dengan jaringan
               pengankutan awam yang baik, mudah, mesra dan mejimatkan masa seterusnya memudahkan pergerakan
               para pelancong dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Namun begitu, muzium ini juga menyediakan
               kemudahan lain seperti surau, tempat letak kereta, mini perpustakaan, lawatan berpandu, kemudahan
               penyelidikan dan juga jualan buku di mana secara tidak langsung dapat menarik ramai lagi pengunjung
               untuk datang ke muzium ini.

                       Hasil  analisa  keempat-empat  buah  muzium  menunjukkan  masih  terdapat  beberapa  kekangan
               meskipun kesemuanya muzium ini terletak di dalam tapak warisan yang seharusnya menjadi sebagai salah
               satu pemangkin kepada orang awam untuk datang berkunjung. Tapak warisan seharusnya dimanfaatkan
               sebaiknya oleh pihak muzium seperti yang dilakukan oleh pengurusan di Borabudur, Angkor Watt dan Fort
               Rotterdam  di  mana  kejayaan  mereka  dalam  menarik  pengunjung  dari  serata  dunia  harus  dicontohi.
               Pengurusan kesemua muzium ini yang ditadbir dan diuruskan di bawah satu organisasi, Jabatan Muzium
               Malaysia  yang  memerlukan  keterlibatan  agensi  luar  dan  orang  awam  untuk  turut  membantu
               mempromosikan produk muzium ini. Laman sesawang juga seharusnya ditubuhkan oleh pihak muzium
               masing-masing bagi memudahkan para pengunjung untuk mengakses ke muzium pilihan mereka secara
               terus dan memudahkan urusan para pengunjung untuk mengunjung





















               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 929 -
   937   938   939   940   941   942   943   944   945   946   947