Page 888 - Proceedings Collega2023
P. 888

Kaedah Kajian

                       Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual mendalam dan pemerhatian etnografik di
               lapangan.  Kajian  kualitatif  menggunakan  kaedah  perbualan  sebagai  data  untuk  menjawab  persoalan
               kajian dan memenuhi objektif kajian. Perbualan atau data mesej tidak akan ditukarkan oleh pengkaji
               kepada bentuk angka. Sebaliknya data atau set mesej yang terjadi secara semulajadi, dikenal pasti dalam
               pelbagai bentuk akan dibiarkan kekal seperti mana ia berlaku. Data yang terhasil dari temubual terbuka
               menghasilkan  petikan  langsung  tentang  apa  subjek  yang  diperkatakan  oleh  responden  tentang
               pengalaman, pendapat dan pengetahuan mereka (Che Su, 2019: 131-134). Bagi tujuan ini, penyelidik akan
               menemubual informan mengikut kategori mereka yang telah ditetapkan. Kajian ini  menggunakan kaedah
               temubual  separa  berstruktur.  Penyelidik  telah  bersedia  dengan  senarai  soalan  yang  telah  ditetapkan
               terlebih dahulu. Soalan-soalan ini akan disusun untuk ditanya kepada responden dalam susunan yang
               sistematik  dan  konsisten.  Walau  bagaimanapun,  pengkaji  akan  menambah  soalan  baharu  ketika  sesi
               temubual  berlangsung  untuk  mendapatkan  maklumat  yang  lebih  mendalam  (Che  Su  2019:  250-262).
               Kaedah  sampel  bertujuan  digunakan  kerana  informan  merupakan  orang  yang  telah  lama  tinggal  di
               kampung  tersebut  dan  mengetahui  banyak  maklumat  mengenai  masjid  warisan  ini.  Selain  temubual
               mendalam, pengkaji telah memanfaatkan kaedah pemerhatian etnografik bagi melengkapi pemahaman
               berkenaan masjid warisan dan peranan yang ditanggap oleh ahli komuniti atau pemegang taruh yang
               berkenaan.  Pemilihan  pemerhatian  etnografik  dilakukan  untuk  membuat  perihalan  yang  analitikal
               terhadap  persekitaran  sosial  dan  kumpulan  yang  berkongsi  kepercayaan,  amalan,  pengetahuan  dan
               tingkah laku (Che Su, 2019: 285-287). Oleh kerana itu, kajian ini telah memanfaatkan kaedah ini untuk
               mendapatkan sudut pandangan dan persepsi informan terhadap masjid warisan. Mereka mungkin terdiri
               daripada petugas agensi konservasi atau jemaah masjid yang mempunyai set pandangan yang homogen
               kerana terdiri daripada kelompok sosial yang sama.

               Sejarah Masjid Ihsaniah Iskandariah, Padang Rengas Perak

                       Pengiktirafan Masjid Ihsaniah Iskandariah sebagai masjid warisan merupakan satu penghargaan
               kepada peduduk kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Perak. Masjid Ihsaniah ini terletak kira-kira hampir 5
               kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Pada bulan Disember 2008, Jabatan Warisan Negara telah
               menjalankan kerja-kerja konservasi atas kepentingan bangunan bersejarah dan senibina yang unik setelah
               sekian lama masjid ini tidak digunakan (semenjak tahun 1976). Antara keunikan masjid dua tingkat ini
               seperti yang diterangkan di dalam portal Jabatan Warisan negara (https://www.heritage.gov.my/masjid-
               ihsaniah-iskandariah-kampung-kuala-dal-perak.html) ialah keseluruhan dindingnya dibuat daripada buluh
               minyak yang dianyam dipanggil “dinding tepas/tepus” kehalusan seni anyaman tangan kelarai bermotif
               pengaruh  ‘arabes’  pada  dinding  masjid  menimbulkan  nilai  estetika  bangunan  menjadi  tarikan  utama
               kepada siapa yang memandang. Kerja-kerja menganyam dinding tepas ini dilakukan oleh beberapa orang
               tempatan antaranya ialah Panjang Noh, Ngah Gadoh ,Wan Ibrahim dan Kulop Ngah. Terdapat 20 tingkap
               berdaun dua yang dihiasi ukiran “tebuk terus, tidak silat” bermotif pucuk kacang, bulan sabit dan bintang.
               Bumbung masjid ini juga sangat unik kerana tidak mempunyai tebar layar menyebabkan kelihatan seperti
               bumbung  rata  yang  tidak  terpengaruh  dengan  bumbung  Istana  Kenangan  yang  mempunyai  ‘satah’
               kecerunan yang sangat ketara.
                       Masjid Ihsaniah Iskandariah ini dibina pada 1936. Pembinaannya telah dibiayai oleh Al-Marhum
               Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-30. Papan plak perasmian yang diperolehi di masjid
               ini mencatatkan majlis perasmian telah berlangsung pada hari Jumaat 10 Zulhijjah pada tahun 1356H
               bersamaan 11  Februari 1938.  Ianya  dibina  setelah  Baginda  Sultan  menunaikan  nazar  untuk  membina
               sebuah masjid apabila salah seorang anakanda baginda sembuh daripada gering. Hasrat Baginda Sultan



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 875 -
   883   884   885   886   887   888   889   890   891   892   893