Page 889 - Proceedings Collega2023
P. 889
timbul apabila melihat masyarakat tempatan yang menunaikan solat berjemaah di madrasah di kampung
berkenaan setelah pulang dari berkelah di Lata Bubu. Justeru itu, Baginda Sultan bernazar untuk memberi
sumbangan wang sebanyak RM8,000.00 bagi membina sebuah masjid baru di atas sebidang tanah wakaf
pemberian Juragan Abdul Shukur bin Mohamad Ali. Pembinaan masjid ini telah dibina oleh tukang
berbangsa Cina dan dibantu oleh penduduk tempatan secara bergotong-royong. Seni bina masjid ini
dikatakan datang daripada hasil ilham baginda sendiri yang dipengaruhi kuat ciri-ciri seni bina Istana
Kenangan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ragam hias dan dinding tepas yang terdapat di masjid ini juga
diukir dan dianyam oleh penduduk tempatan. Masjid ini tidak digunakan pada 1976, setelah masjid baru
yang dikenali sebagai Masjid Al-Wahidiah dibina(https://www.heritage.gov.my/masjid-ihsaniah-
iskandariah-kampung-kuala-dal-perak.html)
Sorotan Literatur
Masjid merupakan salah suatu lambang keagungan agama Islam di serata dunia. Kewujudan
masjid memberi gambaran bahawa adanya masyarakat yang beragama Islam mendiami kawasan tersebut.
Di Malaysia, terdapat beberapa buah masjid yang telah diiktiraf sebagai masjid warisan oleh Jabatan
Warisan Negara. Masjid-masjid warisan ini diberi perhatian yang khusus dari aspek konservasi bagi
mengekalkan keasliannya. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat mentakrifkan konservasi
sebagai pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan (kemusnahan
dan lain-lain).
Konservasi Masjid Warisan
Konservasi (conservation) bangunan warisan merupakan istilah umum yang memerihalkan
akitiviti pemuliharaan ke atas bangunan, monumen dan tapak yang merangkumi beberapa aktiviti lain
seperti proses pemeliharaan (preservation), pemugaran (restoration), pembaikpulihan (repair and
rehabilitation), pembinaan semula (reconstruction) dan penyesuaian guna (adaptively reuse) atau mana-
mana gabungan antaranya. Selain itu, ia juga disebut “pemuliharaan” yang menggabungkan tindakan
pemulihan dan pemeliharaan. ICOMOS (Burra Charter Article 1.4, 1999) telah mendefinisikan
pemuliharaan sebagai proses memulihara sesuatu tempat supaya kepentingan kebudayaannya dapat
dikekalkan.
Menurut Akta Warisan Kebangsaan, 2005 (Akta 645), ”pemuliharaan” termasuklah
pemeliharaan, pembaikpulihan, pembinaan semula, pemulihan dan penyesuaian atau mana-mana
gabungannya. ”Pemeliharaan” di bawah Akta 645 ini adalah tindakan yang bertujuan untuk
memberhentikan kemerosotan lanjut, reput atau keadaan usang kepada bangunan, monumen dan tapak.
Proses konservasi biasanya dikenal pasti sebagai usaha untuk memanjangkan jangka hayat
sesuatu objek. Ia menekankan kepentingan memelihara nilai yang ada di dalam sesuatu budaya. Proses
ini melibatkan dua aktiviti utama iaitu menjaga objek tersebut dan melindunginya daripada kemusnahan
atau perubahan tanpa perancangan yang teliti (Harun, 2005). Ahmad (2006) menegaskan bahawa faktor-
faktor seperti nilai sejarah, senibina, umur, fungsi, bahan dan penyelenggaraan, serta disokong oleh
pelbagai pihak yang berkaitan turut memainkan peranan dalam proses konservasi.
Kepentingan konservasi bangunan telah lama diiktiraf kerana sumbangannya dalam pelbagai
sektor dan masyarakat. Konservasi bangunan membolehkan bahan bukti sejarah masa lalu dikekalkan
(Powell, 1994). Orbasli (2008) turut sependapat dengan Powell dan menegaskan bahawa bangunan
warisan merupakan sebahagian penting dari persekitaran binaan di mana sejarah dan bukti budaya boleh
ditemui dengan meneroka bangunan warisan tersebut.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 876 -

