Page 890 - Proceedings Collega2023
P. 890
Peranan pihak pemegang taruh dalam konservasi
Dalam memastikan kelangsungan kewujudan sesuatu artifak sejarah, masjid warisan contohnya, peranan
masyarakat setempat adalah penting. Menurut Esther (2011) dan Mohd Jaki (2014) konservasi produk
warisan seperti bangunan bersejarah memerlukan penglibatan komuniti setempat. Penglibatan
masyarakat setempat ini dapat dilakukan secara menyeluruh melalui pendekatan atas-bawah (up-bottom
approach) dan bawah atas (bottom-up approach). Daeng Haliza dan Zuliskandar Ramli( 2021) menegaskan
bahawa komuniti setempat merupakan entiti penting untuk dilibatkan dalam projek konservasi sesebuah
kawasan bersejarah bagi kesan jangka Panjang. Teuku Afrizal dan Abdul Rahman Embong (2013) juga
berpendapat bahawa rasa kepemilikan atau perasaan sepunya perlu wujud dalam kalangan komuniti yang
berkongsi kepentingan yang sama bagi menjamin kelangsungan dan kesejahteraan mereka.
Cabaran dalam pengurusan konservasi bangunan dalam kalangan umum
Beberapa kajian lepas dalam pengurusan konservasi menyatakan peri pentingnya pemahaman,
sokongan dan penglibatan umum dalam pengurusan artifek yang perlu, termasuklah bangunan dan
tempat ibadah. Keperluan kepada penglibatan umum ini adalah sungguh penting terutamanya dalam
jangka masa panjang. Walau bagaimanapun penglibatan umum tidaklah berlaku seperti disentuh tongkat
ajaib. Ada kalanya berlaku konflik dalam pengurusan konservasi.
Kajian oleh Bakri et al. (2012) mendapati konflik antara kumpulan berkepentingan berlaku kerana
pendekatan yang berbeza dalam mengurus situasi. Kajian terdahulu oleh Yung dan Chang (2011)
menunjukkan kepentingan yang bercanggah menyebabkan konflik akan tercetus di kalangan pemegang
taruh dalam proses konservasi. Keadaan juga mungkin menjadi buruk jika pemegang taruh enggan
melibatkan diri atau mengambil pilihan untuk terus mengundur diri daripada keterlibatan kerana motivasi
diri yang rendah.
Kesedaran yang sihat (atau memadai) terhadap usaha konservasi di Malaysia masih menjadi
halangan walaupun tahap kesedaran itu agak meningkat. Dapatan kajian menunjukkan kesedaran
terhadap harta warisan adalah masih di peringkat rendah. Jika kita boleh meringkaskannya, kesedaran
terhadap konservasi hanya terhad kepada latar sejarah sesebuah tapak warisan. Kajian oleh Nik Azhari dan
Mohamed (2012) mendedahkan bahawa lebih separuh daripada responden dalam kajian mereka
memberikan maklum balas neutral atau tidak memihak ketika ditanya tentang keadaan semasa tapak
warisan di Bandaraya Kuala Lumpur. Kesedaran yang agak rendah ini memberi cabaran kepada agensi
berkaitan dan pihak pemegang taruh yang lain dalam pengurusan konservasi.
Dapatan Kajian dan Perbincangan Kajian Rintis
Profil Responden
Sesi temubual telah diadakan di Masjid Wahidiah yang terletak bersebelahan dengan Masjid
Ihsaniah Iskandariah di Perak. Temubual tersebut dilakukan pada 8 Oktober 2023 dan berlangsung selama
satu jam, bermula jam 2 petang dan berakhir pada pukul 3 petang. Informan pertama merupakan bekas
ketua kampung dan bekas pengerusi Masjid Wahidiah yang bertugas bermula pada tahun 2010 hingga
2018. Informan pertama adalah seorang pesara guru dan berumur 80 tahun. Informan kedua merupakan
bekas Ahli Jawatankuasa Masjid Wahidiah yang bertugas dari tahun 2012 hingga 2018. Beliau adalah
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 877 -

