Page 885 - Proceedings Collega2023
P. 885

RETROSPEKTIF SEBUAH MASJID WARISAN: SUDUT PANDANGAN
                          PENTADBIR MASJID IHSANIAH ISKANDARIAH, PERAK



                                                  Ahmad MD REDZUAN*      1
                                                   Mohd Nazri IBRAHIM*   2
                                              Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
                                     Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Selangor Malaysia
                                                   1 ahmad94@uitm.edu.my
                                                   2 nazri3498@uitm.edu.my

                                                          ABSTRAK

                       Masjid Ihsaniah Iskandariah di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Perak merupakan sebuah
               masjid yang telah diklasifikasikan sebagai masjid warisan di Malaysia. Masjid ini adalah unik dari segi seni
               pembuatan dan proses pembinaannya. Masjid yang telah dibina pada tahun 1938 ini pada satu ketika
               tidak dapat digunakan sama sekali akibat beberapa kerosakan yang berlaku. Sehubungan itu, kerajaan
               negeri Perak telah membina sebuah masjid baharu bersebelahan Masjid Ihsaniah ini untuk kegunaan
               penduduk  kampung  dan  sekitarnya.  Walau  bagaimanapun,  Jabatan    Warisan  Negara,  Kementerian
               Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah memperbaiki kerosakan tersebut dan usaha pemuliharaan
               itu  menyaksikan Masjid  Ihsaniah  kini  berdiri  teguh  dengan  mengekalkan  ciri-ciri  dan  konsep  asalnya.
               Kajian kualitatif ini  telah menganalisis perspektif dan peranan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid dalam
               menyentuh  beberapa  aspek  berkaitan masjid warisan  ini. Data  telah  dikumpul  melalui  sesi temubual
               dengan AJK Masjid yang menjaga legasi berkenaan. Beberapa elemen data sekunder juga digunakan untuk
               mendapatkan  maklumat  latar  belakang  masjid  warisan  daripada  perspektif  kearifan  tempatan.  Hasil
               kajian mendapati para AJK Masjid mempunyai kefahaman dan pengetahuan mengenai masjid warisan ini.
               Dari segi pemakluman kepada pelancong, ada seorang AJK yang bermaklumat dan memegang peranan
               sebagai jurucakap utama berbanding AJK yang lain. Pihak AJK Masjid juga sangat maklum berkaitan bajet
               konservasi yang menjadi faktor utama dalam projek kelestarian masjid selain faktor sosial yang lain.



               Kata Kunci: Masjid warisan; Masjid Ihsaniah Iskandariah; Jabatan Warisan Negara; Kesedaran
               masyarakat; Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung; Kearifan tempatan



















               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 872 -
   880   881   882   883   884   885   886   887   888   889   890