Page 891 - Proceedings Collega2023
P. 891

usahawan kecil dan sederhana yang menjalankan perniagaan labu sayong. Beliau juga kini telah bersara
               dan berumur 63 tahun. Kedua-dua informan tinggal dan dibesarkan di Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar.
               Dapatan analisis temubual rintis bersama informan telah menghasilkan beberapa sub-tema yang akan
               diterangkan dengan lebih lanjut. Antara sub-tema tersebut ialah masjid nazar, kefahaman terhadap status
               masjid  warisan,  kepentingan  penyelengaraan,  dan  keutamaan  berkomunikasi  dengan    pelawat  dan
               pelancong warisan.



               Perspektif Ahli Jawatankuasa Masjid

                   a.  Mengetahui identiti Masjid Ihsanian Iskandariah sebagai “Masjid Nazar”

               Berdasarkan catatan di laman web Jabatan Warisan Negara, jelas dinyatakan bahawa Masjid Ihsaniah ini
               terbina kerana Sultan Iskandar Shah ingin memenuhi nazar baginda apabila anakanda baginda yang gering
               sembuh disamping kasihan melihat madrasah kampung yang usang dan uzur. Pernyataan masjid nazar ini
               turut diperakui oleh kedua-dua informan dalam sesi temubual yang dibuat.


                   “Bagi  penduduk  kampung  masjid  ini  juga  dikenali  sebagai  masjid  nazar  kerana  berdasarkan
                   cerita orang-orang lama yang ada ketika zaman itu mengakui kewujudan Masjid Ihsaniah adalah
                   hasil dari nazar baginda Sultan Iskandar Shah.”
                                                                                                Informan 1

                   “Ya, Al-marhum datuk saya juga menceritakan perkara yang sama mengenai asal usul masjid
                   warisan ini.”
                                                                                                Informan 2




                   b.  Kefahaman Ahli Jawatankuasa terhadap status Masjid Warisan


               Inisiatif pemuliharaan atau konservasi bangunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara antara
               lain adalah untuk memenuhi aspirasi berikut:
                   Bangunan, monumen dan tapak warisan adalah sebahagian bukti kepada sesuatu peristiwa atau
                   sejarah  penting.  Ia  menjadi  latar  belakang  fizikal  kepada  cerita  sejarah  tersebut  yang  akan
                   disampaikan  kepada  generasi  masa  hadapan.  Latar  belakang  sejarah  inilah  yang  akan
                   membentuk wajah dan jati diri bangsa Malaysia.
               Berdasarkan temubual kedua-dua informan faham apa yang dimaksudkan sebagai masjid warisan dan
               berharap  masjid  ini  akan  kekal  untuk  tempoh  yang  lama  dan  dengan  syarat  pihak  berwajib  terus
               memberikan perhatian kepada pelbagai isu berkaitan pemuliharaan bangunan warisan.
                   “Jabatan  Warisan  Negara  memainkan  peranan  penting  dalam  menentu  dan  menetapkan
                   pengiktirafan sesuatu bangunan/masjid warisan dan saya berbesar hati apabila masjid Ihsaniah
                   dipilih sebagai salah satu Masjid Warisan.”
                                                                                            Informan 1


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 878 -
   886   887   888   889   890   891   892   893   894   895   896