Page 893 - Proceedings Collega2023
P. 893

“Kebanyakan  pelawat  yang  datang  ke  masjid  ini  terdiri  dari  pelajar.  Mereka  datang  untuk
                   mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh pensyarah. Contohnya
                   pelajar-pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Selain dari itu orang persendirian dan
                   kadang kala terdapat kumpulan bermotosikal yang singgah yang berminat untuk mendapatkan
                   maklumat  mengenai  masjid  ini  disamping  mengambil  gambar.  Saya  yang  akan  memberikan
                   penerangan kepada pelawat-pelawat ini. Ada dua tiga orang AJK masjid yang boleh memberi
                   penerangan mengenai masjid Ihsaniah ini tetapi mereka masih kurang mahir.”

                                                                                         Informan 1


               Dapatan  kajian  ini  menyokong  dapatan  Teuku  Afrizal  dan  Abdul  Rahman  Embong  (2013)  jyang
               berpendapat bahawa rasa kepemilikan atau perasaan sepunya perlu ada dalam kalangan ahli komuniti
               yang berkongsi kepentingan yang sama bagi menjamin kelangsungan dan kesejahteraan mereka. Justeru,
               mereka  perlu  mempunyai  maklumat  secukupnya  dan  berupaya  menyampaikan  maklumat  itu  selain
               mempunyai perasaan memiliki monumen warisan yang dijaga bersama. Pengetahuan yang standard akan
               memudahkan proses berkomunikasi dengan pelancong warisan.
                       Selain itu, pengakuan Informan 1 bahawa dia lebih berpengetahuan dan hanya dia seorang yang
               mampu memberi penerangan menunjukkan bahawa penglibatan komuniti dalam mempromosi masjid
               warisan itu berlangsung tetapi komitmennya tidak menyeluruh. Dapatan ini menyokong pandangan Daeng
               Haliza dan Zuliskandar Ramli( 2021) bahawa komuniti setempat adalah entiti penting untuk dilibatkan
               dalam projek konservasi sesebuah kawasan bersejarah bagi kesan jangka panjang.

               Kesimpulan
                       Secara  kesimpulannya,  kajian  ini  telah  menggalurkan  pemahaman  Ahli  Jawatankuasa  Masjid
               Warisan dalam  meletakkan peranan mereka dalam untuk membantu,  mengekal dan memulihara masjid
               warisan  Walau  bagaimanapun,  peranan  mereka  tidak  akan  berkesan  sekiranya  pihak  berwajib  tidak
               mendukung  dan  memberi  segala  bentuk  bantuan  yang  diperlukan,  terutamanya  pemuliharaan  dan
               sokongan  maklumat  berorientasikan  pelancongan  warisan.  Kerjasama  yang  erat  perlu  diteruskan  di
               antara Ahli Jawatankuasa Masjid dan Jabatan Warisan Negara agar segala permasalahan yang timbul
               dapat  diatasi  dengan  bijak  dan  cadangan  penambahbaikan  adalah  menyeluruh  agar  warisan  kearifan
               tempatan akan terus lestari.

               Rujukan

               Ahmad, A.G. Rangka Kerja Pemuliharaan Bangunan Warisan di Malaysia, Bengkel Konservasi
                           Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 27-29 November 2006, Hotel Mahkota, Melaka. hlm.
                           1-12.

               Aidatul Fadzlin Bakri, et al. (2014). Public perception on the Cultural Significance of Heritage Buildings in
                       Kuala Lumpur. ASEAN-Turkey Annual Serial Landmark International. Conference on Quality of
                       Life, AQoal, 26-28 December 2014, Istanbul, Turkey.

               Anon. Definisi Konservasi. Dimuat turun dari https://www.heritage.gov.my/definisi-konservasi.html

               Anon. Masjid Kapitan Keling. Dimuat turun dari https://itc.gov.my/listings/masjid-kapitan-keling/
               Anon.  Masjid  Ihsaniah  Iskandariah.  Dimuat  turun  dari  https://www.heritage.gov.my/  Masjid  Ihsaniah
               Iskandariah, Kampung Kuala Dal, Perak (heritage.gov.my)


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 880 -
   888   889   890   891   892   893   894   895   896   897   898