Page 881 - Proceedings Collega2023
P. 881
masjid bandar dan jajahan, masjid mukim kategori A, masjid mukim besar dan masjid mukim kecil.
Pecahan bilangan masjid mengikut kategori seperti berikut:
Jadual 3
Bilangan masjid mengikut kategori
Kategori Masjid Bilangan
Masjid Bandar & Jajahan 2
Masjid Kategori A 2
Masjid Mukim Besar 41
Masjid Mukim Kecil 3
Dua buah masjid bandar dan jajahan iaitu Masjid Ismaili, Tumpat dan Masjid Al-Ismaili, Bandar
Baru Pasir Pekan yang menjadi masjid utama dalam jajahan Tumpat. Pelbagai kemudahan infrastuktur
disediakan di masjid tersebut dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua penduduk di
kawasan sekitar. Selain itu disediakan juga Kaunter Baitulmal bagi memudahkan urusan permohonan
bantuan kepada asnaf yang memerlukan. Hasrat MAIK dalam mewujudkan kaunter Baitulmal di masjid-
masjid bandar dan jajahan adalah sebagai pusat sehenti (one-stop center) yang menyediakan pelbagai
perkhidmatan termasuk terimaan bayaran zakat, wakaf dan bantuan asnaf fakir miskin. Justeru,
kewujudannya dapat memudahkan urusan masyarakat sekitar yang tidak perlu lagi ke ibu pejabat di Kota
Bharu untuk sebarang urusan MAIK.
Secara keseluruhan, skor penarafan bintang bagi kesemua masjid di Tumpat ialah empat buah
masjid dengan penarafan empat bintang, 26 buah masjid mendapat tiga Bintang, 15 buah masjid dua
bintang dan tiga buah masjid dengan satu bintang.
Jadual 4
Skor penarafan bintang bagi masjid-masjid di Tumpat
Markah Penarafan Bintang Bilangan Masjid
80-89.9 4
60-79.9 26
41-59.9 15
1-40.9 3
Manakala, perincian penarafan bintang mengikut kategori masjid adalah seperti di jadual 4.
Masjid-masjid cemerlang yang mendapat penarafan empat bintang tidak tertakluk kepada masjid bandar
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 868 -

