Page 740 - Proceedings Collega2023
P. 740
GANGGUAN TERHADAP MORFOLOGI BANDAR BERSEJARAH
DALAM USAHA PEMULIHARAAN BANDAR KECIL DI MALAYSIA
(DISRUPTION ON HISTORIC URBAN IN SMALL CONSERVATION EFFORTS IN MALAYSIA)
1
Muhammad Afiq Wasie MOHD ASRI*
3
4
2,
Nor Zalina HARUN Muhamad Solehin Fitry ROSLEY , Khalilah ZAKARIYA
1,2,3 Institute of The Malay World and Civilization, National University of Malaysia, Selangor, Malaysia
4 Kulliyyah of Architecture and Environmental Design, International Islamic University Malaysia
1 p119285@siswa.ukm.edu.my
2 nzalina@ukm.edu.my
3 solehin@ukm.edu.my
4 khalilah@iium.edu.my
ABSTRAK
Berdasarkan kaedah yang digariskan oleh UNESCO World Heritage Centre dalam Historic Urban
Landscape (HUL), kaedah pemetaan yang komprehensif merupakan langkah awal bagi menjamin
keberkesanan pemuliharaan bandar bersejarah. Dalam konteks kajian pemetaan di peringkat tempatan,
Kuala Lumpur, Georgetown dan Melaka adalah antara bukti pemuliharaan bandar bersejarah yang
berkesan di Malaysia. Data pemetaannya telah diurus dengan baik sehingga mendorong kepada pelan
pelaksanaan pemuliharaan yang lengkap. Namun situasi sebaliknya berlaku ke atas bandar bersejarah
bersaiz kecil. Akibatnya, berlaku gangguan terhadap morfologi bandar bersejarah sehingga mengancam
nilai warisan setempat. Justeru, kajian ini berhasrat untuk meneroka tahap pelaksanaan pemetaan
warisan di sebuah bandar pesisir air iaitu Bandar Chukai, Terengganu. Selain itu, kajian ini turut
mencadangkan data pemetaan terkini sebagai langkah terkehadapan dalam memelihara morfologi
bandar bersejarah. Kajian ini memperoleh dapatan melalui data pemetaan yang pernah dilaksanakan
secara berfasa dan temu bual separa berstruktur bersama pihak berautoriti dalam pelaksanaan kerja
pemuliharaan bandar ini. Responden terdiri daripada pegawai muzium daerah, perancang bandar di
peringkat daerah dan peringkat negeri. Data yang diperolehi telah di analisa menggunakan thematic
analysis yang bersandarkan kepada garis panduan daripada implementasi HUL. Hasil kajian mendapati
berlakunya pengabaian pemuliharaan khususnya dalam pelaksanaan pemetaan oleh pihak berautoriti.
Kelompongan ini lalu mendorong kepada gangguan morfologi bandar khususnya terhadap plot
bangunannya. Kajian ini menyimpulkan bahawa kelompongan dalam peringkat awal pemuliharaan
memerlukan perhatian serius. Sebagai salah satu kaedah penyelesaian, kajian ini menjurus kepada
penghasilan pemetaan terkini menggunakan kaedah GIS.
Kata kunci: Bandar bersejarah; morfologi; warisan; pemetaan; pemuliharaan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 727 -

