Page 710 - Proceedings Collega2023
P. 710
ahli keluarga yang bekerja pada masa kini, maka ia dapat mengurangkan sedikit kesibukan mereka yang
terlibat dan mereka mampu menumpukan kepada pengurusan perkara lain.
Halangan solusi amalan rewang di bandar
Menurut informan, tidak terdapat halangan yang besar dalam melaksanakan rewang. Hal ini kerana dalam
keluarga informan tradisi rewang ni sudah menjadi kebiasaan dan sudah sebati dalam diri. Setiap ahli GAT
telah terbiasa bersama-sama melaksanakan rewang apabila terdapat majlis atau kenduri yang dianjurkan.
Tradisi ini mewujudkan hubungan yang amat rapat di dalam ahli keluarga mereka. Ahli GAT terutama
generasi kedua (Gen2) merasa teruja setiap kali terdapat kenduri yang akan diadakan. Mereka yang terdiri
daripada golongan muda amat teruja untuk bersama terlibat menyumbang tenaga.
Perbincangan
Rewang dalam majlis perkahwinan Melayu bandar tidak jauh berbeza dengan rewang di kawasan kampung
atau luar bandar. Sedikit perubahan yang jelas adalah dari segi penyediaan jamuan makan untuk tetamu,
pelamin dan lokasi majlis. Fatimah Abdullah (2009) menyatakan majlis perkahwinan masyarakat bandar
telah melalui perubahan. Majlis akad nikah telah berpindah ke luar rumah dan majlis perkahwinan
diadakan di dewan hotel mahupun dewan yang seumpamanya.
Bagi masyarakat bandar yang bekerjaya serta menetap di kawasan perumahan, urusan kerja, masa dan
ruang yang terhad menjadi faktor urusan penyediaan makanan diserahkan kepada pihak penyedia
makanan yang dilantik/diupah. Majlis perkahwinan tidak diadakan di rumah, tetapi digantikan dengan
penggunaan dewan orang ramai yang lebih luas, selesa dan mampu menampung jumlah tetamu yang
ramai pada satu-satu masa dan tidak mengganggu keselesaan jiran tetangga jika diadakan di kawasan
perumahan. Hiasan pelamin telah diberikan kepada penyedia perkhidmatan sewaan lantaran tren terkini
pasangan pengantin menginginkan konsep-konsep tertentu pada tata rias pelamin. Hanya tata rias kamar
pengantin sahaja yang melibatkan bantuan daripada ahli keluarga kerana ia lebih mudah dan memerlukan
tata rias yang lebih ringkas.
Tak banyak beza pun rewang kat kampung dengan kat bandar. Dekat kampung kita masak
sama-sama. Jadi kita kena sediakan barang-barang 2 ke 3 hari lebih awal. Kat bandar ni lebih
mudah sebab kita guna katering. Jadi kita tuan rumah fokus kepada layan tetamu. Tak la busy
sangat.
Sungguhpun begitu aktiviti rewang tetap dijalankan dengan kerja-kerja yang lebih mudah dan ringan
bersama ahli keluarga dan jiran tetangga seperti penyediaan cenderahati kepada tetamu, dan
pembahagian kerja yang lebih fokus kepada tugasan menyelia dan menyantuni/melayan tetamu semasa
majlis berlangsung. Hal ini jelas menunjukkan bahawa cara perlaksanaan rewang pada masa kini telah
berubah menjadi lebih mudah, menjimatkan masa dan tenaga. Walau bagaimanapun, perubahan yang
berlaku ini tidak merosak atau menghakis nilai rewang itu sendiri, malah ia memperbaiki cara pelaksanaan
rewang agar mengikut kesesuaian dan perubahan masa.
Berdasarkan kajian dan pemerhatian kepada keluarga informan, didapati tradisi rewang sudah sebati
dalam keluarga besar mereka. Justeru, mereka tidak menghadapi masalah dalam mengendali dan
menguruskan majlis perkahwinan walaupun ianya dilaksanakan di bandar.
Kami tidak menghadapi banyak masalah dalam menguruskan majlis perkahwinan ini. Sebab
kami dah biasa bersama, dan tolong menolong dalam majlis kenduri keluarga seperti ini. Semua
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 697 -

