Page 712 - Proceedings Collega2023
P. 712
menurun, menegak, dan mendatar sepanjang pengurusan rewang dalam keluarga GAT. Hal ini
digambarkan seperti di Rajah 1.
TUAN
RUMAH
KETUA
GAT (G1)
Floor Manager (FM) Floor Manager (FM)
(L) (G2) (P) (G2)
Logistik Nikah & Keluarga
(Saudara mara)
AJK AJK AJK AJK
Dewan Trafik Nikah Keluarga
GAT - Generasi Ahmad Tinggal
G1 - Generasi Pertama
G2 - Generasi kedua
FM - Pengurus Majlis
(L) - Lelaki
(P) - Perempuan
AJK – Ahli Jawatankuasa
Rajah 1: Aliran Komunikasi Pengurusan Rewang GAT
Melalui pemerhatian yang dilakukan, didapati majlis kenduri yang dilakukan secara rewang ini lebih teratur
dari segi pengurusan, pembahagian tugas dan aliran komunikasi. Setiap individu yang terlibat (keluarga
dan jiran tetangga) sudah faham dan jelas dengan tugas yang perlu dilakukan. Aliran komunikasi amat jelas
daripada sumber kepada penerima mengikut hierarki yang terdapat dalam struktur pengurusan rewang.
Komunikasi tidak berlaku dalam satu arah sahaja tetapi bertimbal balas di antara pihak yang terlibat.
Jika ada masalah semasa kenduri, AJK akan berbincang sesama
mereka dahulu, jika mereka berdua ni tak boleh nak selesaikan masalah
itu, mereka akan rujuk kepada FM, kalau FM tak boleh selesaikan maka
FM akan merujuk kepada Ketua GAT.
Apa yang pasti dalam apa jua keadaan, mereka akan saling bantu membantu antara satu sama lain bagi
tujuan memudah serta melancarkan majlis yang sedang berlangsung. Menurut informan, pembahagian
tugas telah diberikan sejak awal pembentukan struktur kerja dan telah dinyatakan pembahagian tugas
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 699 -

