Page 713 - Proceedings Collega2023
P. 713

untuk  lelaki  dan  perempuan.  Sesungguhnya,  proses  kerja  telah  disusun  atur  dengan  kemas  untuk
               memudahkan semua yang terlibat apabila terdapat pembahagian kerja yang jelas.

               Kesimpulan

               Walaupun terdapat perubahan dari segi pelaksanaan rewang disebabkan faktor keluarga, kewangan, lokasi
               dan kemodenan, namun ia tidak menjejaskan secara keseluruhan amalan yang dilaksanakan sejak dahulu.
               Rewang adalah tradisi yang melibatkan majlis keramaian dan kenduri dalam masyarakat Melayu termasuk
               kelompok Melayu bandar. Amalan rewang adalah warisan kearifan tempatan yang masih dipertahankan
               pada alaf baharu dengan penyesuaian mengikut keadaan semasa.
               Secara khususnya, elemen komunikasi kelompok dalam pelaksanaan rewang dapat menyatukan semua
               ahli  dalam  masyarakat  melalui  pelaksanaan  kerja  secara  kolektif.  Walau  bagaimanapun,  elemen
               kemodenan  dalam  masyarakat  Melayu  bandar  menyebabkan  berlakunya  penyesuaian  dalam  tatacara
               pelaksanaan majlis yang secara tidak langsung mempengaruhi proses komunikasi kelompok. Oleh itu,
               kajian ini menyimpulkan adanya anjakan  dalam amalan komunikasi yang menandakan ianya adalah suatu
               proses sosial yang dinamik.

               Pengkaji  mencadangkan  agar  sebuah  kajian  perbandingan  antara  kelompok  Melayu  bandar  dan  luar
               bandar dilakukan bagi mengenalpasti persamaan atau perbezaan proses komunikasi sosial dalam majlis
               rewang. Selain itu, kajian masa hadapan boleh menilai kesan kemodenan dalam majlis rewang terhadap
               hubungan keakraban dalam kelompok kejiranan. Tambahan lagi, kajian sedemikian boleh juga menjangkau
               persepsi dan pemahaman generasi muda terhadap kepentingan amalan ini dalam kelestarian budaya yang
               ditinjau dari perspektif kearifan tempatan.



               RUJUKAN


               Ardina  Asmi  Aulia,  Lisbet  Situmorang,  &  Kheyene  Molekandella  Boer.  (2022).  Tradisi  rewang  sebagai
                     implementasi  fungsi  komunikasi  sosial  dalam  mempertahankan  solidaritas  masyarakat  Rawa
                     Makmur Kecamatan Palaran. eJournal Ilmu Komunikasi, 10 (4), 15-25.

               Anwar Omar Din. (2008). Asas kebudayaan dan kesenian Melayu. Bangi: Penerbit UKM.
               Azizah  Hamzah.  (2004).  Kaedah  kualitatif  dalam    penyelidikan  sosiobudaya.  Jurnal  Pengajian  Media
               Malaysia, 6 (1), 1-10. Diakses dari:

                          https://sare.um.edu.my/index.php/JPMM/article/view/32755/13707

               Ezhar  Tamam.  (1999).  Menjayakan  komunikasi  kumpulan  kecil.  Penerbit  Universiti  Putra  Malaysia,
                     Serdang.

               Fatimah Abdullah (2009). Dari halaman rumah ke Dewan Merak Kayangan. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun
                     Melayu,  27: 1 (Jun- Disember 2009), 97-107. Diakses dari:
                     https://www.researchgate.net/publication/242466588_Dari_Halaman_Rumah_ke_Dewan_Merak
                     _Kayangan_Upacara_Perkahwinan_Melayu_Bandar
               Frey, L. R., Botan, C. H., & Kreps, G.L. (2000). Investigation communication: An Introduction to research
                                nd
                     methods. (2  ed.), Boston: Allyn & Bacon.



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 700 -
   708   709   710   711   712   713   714   715   716   717   718