Page 672 - Proceedings Collega2023
P. 672

Rajah 4: Proses Pereputan Tetuang Melayu
















                                          Rajah 5: Proses Penghasilan Tetuang Melayu


               Takrif dalam Peristilahan

                       Takrif  merupakan  huraian  ringkas  dan  tepat  tentang  sesuatu  perkataan  seperti  makna  dalam
               perkataan  dan  lain-lain  atau  penjelasan  berkenaan  sesuatu.  Takrif  dalam  peristilahan  ialah  deskripsi
               ringkas  dan  padat  ciri-ciri  yang  membezakan  satu  konsep  dengan  yang  lain  dipersembahkan  secara
               leksikografi atau format bentuk kamus (Puteri Roslina Abd Wahid, 2012). Takrif dalam peristilahan juga
               dikatakan  perbuatan  memberikan  takrif  merupakan  proses  mental  tentang  pembentukan  proses.
               Menurut Uceberg (1882) (Sager 2000), takrif dikatakan ekspresi intipati objek konsep yang memberikan
               unsur yang diperlukan dalam kandungan dan unsur ciri objek konsep. Oleh itu, perbuatan memberikan
               takrif  merupakan  proses  mental  tentang  pembentukan  proses.  Pentakrifan  juga  merupakan  proses
               penjelasan makna dari segi linguistik yang menyatakan lambang. Takrif adalah huraian linguistik suatu
               konsep berdasarkan senarai sejumlah ciri yang menyampaikan makna sesuatu konsep jika dilihat dari segi
               keluaran manakala bagi takrif umum atau bersifat ensiklopedia, takrif menghuraikan sesuatu konsep yang
               dapat  saling  difahami  dengan  memberikan  semua  fungsinya  dan  sebagainya  dalam  bidang  masing-
               masing.Dari segi takrif khusus pula menghuraikan suatu konsep dalam bidang khas sahaja.







               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 659 -
   667   668   669   670   671   672   673   674   675   676   677