Page 612 - Proceedings Collega2023
P. 612
PENGENALAN
Karya sastera dicipta oleh pengarang untuk menceritakan keadaan masyarakat mereka ketika
karya itu dicipta. Ini berlaku kerana pengarang adalah sebahagian daripada masyarakat dan ingin
menyampaikan pengalaman dan pandangannya kepada pembaca. Karya sastera terbahagi kepada dua
bentuk iaitu prosa dan puisi. Karya sastera Indonesia dalam bentuk prosa terdiri daripada hikayat, roman,
novel dan cerpen
Terdapat sangat sedikit karya sastera di Indonesia dalam bentuk hikayat berbanding roman dan
novel. Hal ini berlaku kerana penciptaan karya sastera Indonesia dihasilkan dari zaman Pujangga Lama
hingga Balai Pustaka. Kerajaan Belanda ketika itu sangat menyokong penghasilan novel dan roman yang
dihasilkan oleh Sasterawan pada zaman Pujangga Lama yang dikenali dengan nama Balai Pustaka.
Karya yang dihasilkan oleh penerbit Balai Pustaka amnya mengupas isu wanita, seperti karya
Marah Rusli berjudul Siti Nurbaya, dan karya Sutan Takdir Alishjabana berjudul Layar Terkembang. Karya
yang dihasilkan oleh kedua-dua pengarang ini menceritakan tentang wanita yang ditindas oleh lelaki. Ini
petanda pengarang lelaki sudah lama menyuarakan rintihan hati wanita. Selain roman dan novel yang
dihasilkan menggunakan bahasa Indonesia, terdapat juga roman yang dihasilkan menggunakan bahasa
daerah atau tempatan seperti bahasa Minangkabau.
Roman yang terkenal dari Minangkabau ialah Sabai Nan Aluih. Roman ini dihasilkan oleh M. Rasjid
Manggis Dt. Radjo Panghoeloe dalam bahasa Minangkabau pada tahun 1964 cetakan kedua . Roman Sabai
nan Aluih awalnya sebagai cerita rakyat yang sangat popular di kalangan masyarakat Sumatera Barat.
Cerita rakyat ini dahulunya diceritakan oleh tukang cerita yang digelar sebagai tukang kaba. Tukang kaba
akan bercerita dengan iringan alat muzik dulang.
Kisah Sabai nan Aluih sangat terkenal di Minangkabau sehingga dapat dipertontonkan kepada
masyarakat luas dalam bentuk drama. Kisah ini mengisahkan tentang kehebatan seorang wanita yang
boleh membalas dendam terhadap musuh ibu bapanya. Sabai boleh membunuh orang yang telah
membunuh bapanya. Keberanian Sabai ini dapat dicitrakan sebagai watak wanita yang pemberani.
Watak Sabai yang pemberani kemudian dimuncukan semula dalam bentuk novel popular berjudul
Senandung Sabai (2015) oleh Vera Yuana. Vera sengaja mengambil nama watak Sabai sebagai judul
novelnya untuk mengingatkan pembaca pada watak Minangkabau yang bercitra pemberani. Sekalipun
zaman penceritaan berlainan tetapi keberanian yang diusung tetap sama iaitu keberanian membela
harakat dan marwah keluarga
Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti citra wanita berani Minangkabau yang bernama Sabai.
Selain itu untuk memberikan contoh teladan kepada generasi terkini Minangkabau untuk mencintai cerita
kaba Sabai agar tetap terjaga dan lestari.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 599 -

